Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 4 September 2014

PIALA MALAYSIA : Kedah, Selangor, Terengganu iringi PDRM ke suku akhir


Pemain Kedah, Billy Mehmet (tengah) membuat percubaan ke arah gol namun bola berjaya ditangkap oleh penjaga gol Perak, Hairol Fazreen (jersi hijau) dalam perlawanan peringkat Kumpulan B di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam tadi. Kedah menang 2-0. - BERNAMA

KUALA LUMPUR - Kedah dan Selangor berjaya melayakkan diri ke suku akhir Piala Malaysia pada hari yang menyaksikan lima pasukan merebut peluang pada hari terakhir persaingan peringkat kumpulan malam tadi.

Selain dua bekas juara itu, Perak, Terengganu dan Sime Darby turut bersaing dengan syarat mereka perlu menang ke atas lawan masing-masing.

Namun pada akhirnya Kedah, yang sebelum perlawanan menghuni tempat ketiga Kumpulan B mengecewakan pendahulu Perak apabila mengatasi Bos Gaurus 2-0 di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Gol-gol skuad Helang Merah diperoleh menerusi Billy Mehmet pada minit ke-74 dan Baddrol Bakhtiar pada minit ke-77 sekali gus menjuarai Kumpulan B, setelah satu lagi pasukan pencabar Terengganu seri dengan Sarawak.

Keputusan itu bermakna Kedah akan menentang naib juara Kumpulan C, Kelantan di suku akhir Oktober nanti.

Terengganu terpaksa berhempas-pulas di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu tetapi keputusan seri tanpa jaringan dengan Sarawak memadai buat mereka untuk ke suku akhir.

Menguasai sebahagian besar aksi pada babak pertama, tuan rumah bagaimanapun dihampakan oleh kegagalan rangkaian penggempur mereka iaitu Norfarhan Mohamad, Abdul Manaf Mamat dan Ashaari Shamsudin menyempurnakan deretan peluang terhidang di depan pintu gol pelawat.

Pada Oktober nanti, ujian getir menanti skuad Penyu kerana bakal berdepan dengan juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim pada suku akhir.

Sementara itu di Stadium Shah Alam, jaringan tunggal Paulo Rangel pada minit ke-25 sudah cukup buat juara 32 kali, Selangor untuk mengiringi PDRM dari Kumpulan D ke suku akhir dengan kemenangan 1-0 ke atas T-Team.

Dengan status naib juara Kumpulan D, Red Giants bakal berdepan Felda United pada saingan suku akhir sementara PDRM akan menentang juara bertahan Pahang.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, PDRM yang telah layak ke suku akhir untuk bertemu Pahang hanya menghadapi sedikit kejutan tetapi akhirnya menjinakkan Sime Darby semalam apabila berjaya membenam mereka 3-1.

Walaupun ketinggalan 1-0 selepas Mateo Roskam menyempurnakan sepakan penalti pada minit ketujuh namun anak-anak buah Azman Adnan enggan menyerah kalah dan Asfaq Ali memulakan kebangkitan mereka menerusi gol penyamaan pada minit ke-21 diikuti jaringan Chad Charles Sauza (minit 81) dan Bobby Gonzales (minit 89).

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140904/su_02/Kedah-Selangor-Terengganu-iringi-PDRM-ke-suku-akhir#ixzz3CJQzbcTM  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: