Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday, 11 September 2014

PENDIDIKAN : Idris Jusoh pandang serius







PUTRAJAYA 10 Sept. - Kementerian Pendidikan memandang serius perbuatan pihak tidak bertanggungjawab berhubung kes kebocoran kertas Sains 018, 028, 038 Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang dijadual diadakan esok.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh (gambar) berkata, tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu sekali gus menyebabkan peperiksaan bagi kertas tersebut terpaksa ditangguhkan ke 30 September depan.

"Saya memohon maaf kepada pelajar-pelajar tahun enam yang terlibat. Kementerian memandang serius perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

"Saya juga mengesahkan bahawa peperiksaan bagi kertas Sains itu ditangguhkan seperti mana yang dimaklumkan dalam kenyataan Lembaga Peperiksaan," katanya melalui laman Facebook miliknya hari ini.

Lembaga Peperiksaan hari ini mengeluarkan kenyataan memaklumkan bahawa kertas Sains 018, 028, 038 UPSR yang dijadualkan esok didapati bocor dan peperiksaannya ditangguhkan.

Kertas Sains 018 adalah untuk sekolah kebangsaan manakala sekolah jenis kebangsaan Cina (028) dan sekolah jenis kebangsaan Tamil (038).

Menurut kenyataan tersebut, berdasarkan siasatan awal pihak lembaga berkenaan, kandungan soalan bagi kertas peperiksaan tersebut telah tersebar meluas menerusi media sosial.

Sementara itu menurut sumber kementerian, peperiksaan tersebut ditangguhkan ke 30 September kerana perlu menunggu siasatan pihak berkuasa selain mengambil kira waktu cuti persekolahan yang akan bermula 13 September ini.

"Dalam tempoh itu juga kementerian perlu merangka kembali soalan baharu bagi kertas Sains berkenaan," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan Lembaga Peperiksaan sudah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut hari ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140911/dn_04/Idris-Jusoh-pandang-serius#ixzz3CyAuohAa  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: