Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 10 September 2014

EURO 2016 : Three Lions mula langkah kanan


Daniel Welbeck menewaskan penjaga gol Switzerland, Yann Sommer sebelum meledak gol pembukaan England ketika menewaskan Switzerland 2-0 dalam perlawanan kelayakan Euro 2016 di Stadium St. Jakob-Park, Basel semalam. - AFP

BASEL, Switzerland - Dua gol Danny Welbeck membolehkan England memulakan aksi pembukaan kelayakan Euro 2016 dengan langkah kanan selepas menumpaskan Switzerland 2-0, semalam.

Kemenangan itu membolehkan Three Lions menepis segala kritikan dilemparkan kepada mereka berikutan aksi kurang meyakinkan sewaktu menentang Norway dalam perlawanan persahabatan baru-baru ini.

Malah dalam saingan kelayakan tersebut England turut membuktikan biarpun mereka ketika ini berada pada ranking ke-20 FIFA, namun tetap berupaya mengatasi pasukan di kedudukan kesembilan dunia, Switzerland.

"Saya tidak pernah patah semangat dan saya berpendapat cara kami mengawal perlawanan dengan baik membolehkan pasukan ini menang," kata jurulatih England, Roy Hodgson.

Dalam perlawanan tersebut Welbeck memanfaatkan hantaran daripada Raheem Sterling hasil serangan balas untuk menjaringkan gol awal pada minit ke-59.

Pemain yang baharu ditandatangani oleh Arsenal itu menghasilkan gol kedua pada masa kecederaan untuk England menang dengan keputusan 2-0 di laman lawan.

Selain Welbeck, pemain pertahanan Gary Cahill turut cemerlang apabila menyelamatkan gawang England daripada dibolosi dengan menghalang percubaan Josip Drmic pada minit ke-70 selepas pemain Switzerland itu menggelecek penjaga gol Joe Hart.

Jurulatih baharu Switzerland, Vladimir Petkovic mengakui kekalahan tersebut sebahagian besarnya disebabkan beberapa pemainnya kurang fokus.

"Mereka kurang beraksi dengan baik dalam perlawanan tersebut.

"Gol awal dijaringkan oleh England adalah sesuatu yang mudah dihasilkan namun selepas jaringan tersebut kami memberi reaksi dengan sangat baik," kata Petkovic. - AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140910/sl_02/Three-Lions-mula-langkah-kanan#ixzz3Cs9jKR4m  © Utusan Melayu (M) Bhd 







No comments: