Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 10 September 2014

EURO 2016 : Albania malukan Portugal di tempat sendiri


Penyerang Albania, Bekim Balaj (tengah) meraikan jaringannya ketika menentang Portugal pada kelayakan Euro 2016 di Lisbon, semalam. - AFP

LISBON - Albania mematahkan semangat Portugal apabila menghadiahkan mereka keputusan memalukan di pentas antarabangsa selepas sepakan voli cantik Bekim Balaj memberikan kemenangan 1-0 kepada pasukan pelawat dalam perlawanan pembukaan kelayakan Euro 2016 semalam.

Itu adalah kekalahan pertama buat Portugal di laman sendiri dalam pertandingan kompetitif sejak tumpas kepada Denmark, enam tahun lalu.

Keputusan tersebut juga adalah perkara terakhir yang dimahukan jurulatih Portugal, Paulo Bento selepas enggan melepaskan jawatan, meskipun skuad bimbingannya beraksi hambar dalam Piala Dunia apabila tersingkir di peringkat kumpulan.

Portugal yang kehilangan Cristiano Ronaldo ekoran masalah kecergasan bagi menghadapi perlawanan Kumpulan I, tumpul di jentera serangan kerana tidak mempunyai pengganti yang sesuai bagi mengisi kekosongan pe­nyerang Real Madrid itu.

Albania, yang tidak pernah la­yak dalam kejuaraan besar, mele­takkan lima pemain di benteng dan empat lagi pemain di depan kubu mereka.

Sudah tentu percaturan itu tidak sofistikated, tetapi sudah cukup untuk mengekang bahagian tengah Portugal yang kurang krea­tif.

Albania berjaya meledak gol menerusi satu-satunya sasaran tepat ke arah pintu gol pada minit ke-52 hasil hantaran silang Odise Roshi yang berjaya melepasi kawasan penalti. Balaj, 23, yang mengesan hantaran tersebut me­rembat bola menewaskan penjaga gol, Rui Patricio.

Selepas gol tersebut, Albania hanya berkubu dalam kawasan mereka sehingga perlawanan tamat.

Penjaga gol Albania, Etrit Berisha turut menyelamatkan percubaan berbahaya Fabio Coentrao.

Kebuntuan mencari gol pe­nyamaan mendorong 23,000 penyokong tuan rumah di Stadium Aveiro Municipal mengejek pasukan mereka dengan melambai tangan sambil memegang sapu tangan putih.

"Itu reaksi biasa. Kami tahu penyokong tidak berpuas hati," kata Bento. - REUTERS

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140909/sl_01/Albania-malukan-Portugal-di-tempat-sendiri#ixzz3CsCll9CO  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: