Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 9 June 2014

Kerajaan komited pikul tanggungjawab



Najib Tun Razak menyampaikan ucapan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah pada Istiadat menghadap dan pengurniaan darjah kebesaran bintang dan pingat Persekutuan sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan rasmi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong di Istana Negara, Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 7 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, kerajaan akan terus komited dalam memikul tanggungjawab sebagai kerajaan yang beramanah dan berakauntabiliti.

Beliau berkata, kejayaan negara selama ini bukanlah dicapai dengan mudah, dan kerana itu ia harus dijaga dan dipelihara sebaik mungkin bagi memastikan ia tidak disia-siakan.

"Sememangnya pun, kejayaan kita selama puluhan tahun ini bukannya datang melayang-layang. Tidak juga tiba bergolek-golek antara kemilau senja dan terbitnya mentari pagi. Jika ia tidak dijaga, segalanya akan pergi sepantas kilat.

"Sebab itulah, Kerajaan Tuanku tidak akan sesekali membiarkan negara yang dibina dengan keringat dan jerih payah ini daripada dirosakkan oleh badai kepunahan, angkara mereka yang tidak bertanggungjawab," katanya ketika menyampaikan ucapan sembah tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sempena hari keputeraan rasmi Seri Paduka dan istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan di Istana Negara.

Menjelang sambutan ulang tahun ke-57 kemerdekaan negara, Perdana Menteri berkata, Malaysia hari ini bukanlah seperti sebelum ini kerana banyak cabaran yang perlu dihadapi baik dari segi demografi, penzahiran dunia tanpa sempadan mahupun pelbagai peristiwa yang menggugat keharmonian negara.

Najib turut memaklumkan bahawa negara turut mencatat rekod baharu bagi jumlah pelaburan langsung asing yang diluluskan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia atau MIDA sebanyak RM216.5 bilion tahun lepas.

"Terbukti, ini satu pencapaian yang memberangsangkan meskipun dalam persekitaran luaran yang mencabar. Berasaskan kepada pertumbuhan ekonomi negara yang mantap, dengan izin Tuhan, kadar inflasi kekal berada tahap rendah iaitu sebanyak 3.5 peratus dan kadar pengangguran pula hanyalah sekitar 3.1 peratus," katanya.

Turut dimaklumkan kepada Seri Paduka Baginda ialah berkenaan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2, yang telahpun mula beroperasi pada 2 Mei, dan projek Mass Rapid Transit (MRT) sebagai satu Projek Penggerak Ekonomi di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara yang mensasarkan 50 peratus penggunaan pengangkutan awam di Greater Kuala Lumpur Lembah Klang akan dicapai.

Dalam sektor pelancongan, Tahun Melawat Malaysia 2014, setakat Mac 2014 telah menarik 7.1 juta pelancong, berbanding 6.4 juta bagi tempoh yang sama pada tahun lalu, iaitu peningkatan sebanyak 10 peratus bagi jangka masa tersebut, kata Najib.

Sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan bermula April tahun depan turut disentuh perdana menteri dengan memaklumkan bahawa kerajaan sedang mengambil langkah mempergiatkan usaha-usaha penerangan bagi memberi kefahaman yang betul kepada semua pihak tentang sistem percukaian itu.

Najib turut berkata, Malaysia berjaya menduduki tangga ke-12 sebagai negara paling berdaya saing di dunia, berbanding tempat ke-15 pada tahun lepas, kata Najib.

Menyentuh mengenai kunjungan rasmi Presiden Amerika Syarikat, April lepas, Perdana Menteri berkata, kerajaan amat berbangga kerana dapat mempamerkan sebuah kontemporari Malaysia yang maju dan berwarna-warni.

"Barack Obama berasa teruja dan banyak memuji Malaysia, antaranya, beliau melihat kita sebagai sebuah negara Islam moden yang progresif. Turut dinyatakan, betapa pesat dan berdramatiknya Malaysia telah membangun dalam arus transformasi," sembah perdana menteri.

Mengenai lawatan rasmi beliau ke China meraikan 40 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China, Najib menyifatkannya sebagai satu kunjungan yang berjaya.

"Perdana Menteri China Li Keqiang, telah menyebut bahawa hubungan Kuala Lumpur-Beijing adalah istimewa dan akan sentiasa diberi keutamaan. Malah, hubungan antara Malaysia-China sedang diangkat sebagai satu Perkongsian Strategik yang Komprehensif," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140608/dn_02/Kerajaan-komited-pikul-tanggungjawab#ixzz3477TM2UB  © Utusan Melayu (M) Bhd 


No comments: