Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 21 April 2014

MH370 - Misi mencari dinilai semula



Oleh HUSSAINI AMRAN, MOHD. ASRON MUSTAPHA dan SOFIAN BAHAROM
pengarang@utusan.com.my




KUALA LUMPUR 17 April - Misi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu tetap diteruskan dengan menggunakan pendekatan baharu sekiranya usaha yang dijalankan sekarang tidak membuahkan hasil.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, penilaian semula terhadap misi mencari pesawat berkenaan di selatan Lautan Hindi akan dilakukan apabila tiba masanya.

Menurut beliau, misi mencari itu juga dijangka menelan belanja yang tinggi dan sekiranya pesawat tersebut ditemui, khidmat kontraktor mungkin digunakan untuk mengeluarkannya dari dasar lautan.

"Akan tiba masanya kita menilai semula pendekatan kita tetapi ini tidak bermakna pencarian akan dihentikan.

"Kaedah pencarian itu akan difikirkan semula, mungkin di kawasan lain," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis penutupan pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Perdana Menteri Australia, Tony Abbott hari ini menjelaskan, misi pencarian akan dinilai semula sekiranya kenderaan dalam air automatik (AUV) Bluefin-21 tidak menemui sebarang objek yang boleh dikaitkan dengan pesawat MH370 minggu hadapan.

Hishammuddin menambah, beliau difahamkan, Abbott telah menghubungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memaklumkan tentang perkembangan itu pagi tadi.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau yang juga Menteri Pertahanan memberitahu, delegasi Malaysia yang diketuai Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin dan turut disertai pegawai khas Malaysia ke China, Datin Paduka Chew Mei Fun akan berlepas ke China beberapa hari lagi.

"Sudah tentu tugas mereka berdepan dengan keluarga para penumpang di China tidak mudah dan hakikat ini telah dimaklumkan oleh pihak berkuasa Perancis hasil pengalaman mereka dalam nahas Air France," ujarnya.

Menurut Hishammuddin, pelbagai penambahbaikan telah dilakukan berhubung aspek pengurusan waris penumpang dan Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) turut memberi kerjasama menyalurkan maklumat secara telus bagi mengelakkan spekulasi.

Beliau turut mengulangi penegasannya bahawa kerajaan tidak akan melayan sebarang spekulasi tidak berasas berkaitan insiden kehilangan pesawat MH370.

"Saya juga meminta semua pihak tidak membuat spekulasi berhubung penubuhan Panel Siasatan Antarabangsa yang akan diputuskan Kabinet minggu depan," jelasnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140418/dn_06/Misi-mencari-dinilai-semula#ixzz2zTvsHSf2  © Utusan Melayu (M) Bhd 






No comments: