Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 11 April 2014

HUDUD - Pas Kelantan tidak berganjak

Ahmad Yakob

KOTA BHARU 10 April - Kerajaan Pas Kelantan tetap akan membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan di negeri itu biarpun menerima tentangan sekutunya, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pakatan pembangkang.

Pendirian itu dinyatakan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob yang turut memberi gambaran jelas bahawa kerajaan pimpinannya tidak akan sekali-kali berganjak daripada keputusan tersebut.

"Keputusan (untuk membentangkan rang undang-undang) kita sudah buat," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui selepas menerima kunjungan hormat daripada Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan (KPKK) di Kediaman Rasmi Menteri Besar, JKR 10 di sini hari ini.

Ahmad sebelum itu ditanya tentang kenyataan para pemimpin DAP yang menegaskan parti terbesar dalam pakatan dengan 38 ahli Parlimen tersebut tidak akan menyokong rang undang-undang yang mahu dikemukakan Pas.

Malah, nada sama turut dinyatakan seorang pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila mengingatkan Pas bahawa pakatan pembangkang telah membuat keputusan jelas berhubung isu hudud pada 2011.

Tentangan tersebut timbul selepas Ahmad mengumumkan hasrat kerajaan negeri membentangkan usul rang undang-undang persendirian dalam sidang Parlimen akan datang bagi mendapat kebenaran melaksanakan hudud di negeri itu menjelang 2015.

Sementara itu, Setiausaha Kehormat KPKK, Mohd. Adnan Mohd. Zin mendedahkan bahawa Ahmad ketika pertemuan tersebut menegaskan kepada mereka bahawa beliau tetap akan melaksanakan undang-undang Islam di negeri itu.

"Dalam pertemuan kita tadi, Menteri Besar kata, by hook or by crook (dengan apa cara sekali pun), apa halangan apa rintangan, kita tetap berusaha ke arah itu.

"Biar kita dihalang daripada menjalankan hukum Allah, masa itu kita akan tahu siapa yang hendak buat (hudud) dan siapa yang menghalang," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140411/po_02/Hudud-Pas-Kelantan-tidak-berganjak#ixzz2yYlnkodL  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: