Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 23 April 2014

Enggan sokong hudud, Pengerusi DHPP diselar


KOTA BHARU 22 April - Dewan Pemuda Pas Kawasan Kota Bharu (DPPKKB) menyelar tindakan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Kelantan, Hu Pang Chaw yang menentang secara terbuka cadangan pelaksanaan hudud di negeri ini.

Ketua DPPKKB, Dr. Rosli Alani Abdul Kadir berkata, status DHPP sebagai sebuah dewan yang sah di dalam parti menjadikan ahli-ahlinya terikat dengan Perlembagaan Pas.

Oleh sebab itu kata beliau, DHPP sepatutnya perlu berfungsi mengikut tujuan asal penubuhan iaitu sebagai sebuah badan yang akan menyokong segala dasar yang ditetapkan Pas.

"DPPKKB mendesak Pas Pusat supaya mengambil tindakan tatatertib yang sewajarnya terhadap Pang Chaw, termasuk melucutkan beliau dari jawatan Pengerusi DHPP.

"Tindakan tegas perlu diambil bagi memastikan martabat Pas sebagai sebuah parti politik Islam terpelihara manakala martabat pemimpin Pas pula tidak diperlekeh di mata umum," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Timbalan Menteri Besar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas 1 Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah baru-baru ini meminta DHPP memainkan peranan membantu parti itu memberi penjelasan berkaitan hukum hudud kepada orang bukan Islam.

Bagaimanapun, Pang Chaw dilaporkan memberi reaksi negatif apabila berkata, DHPP bukan pihak yang relevan memainkan peranan itu selain mendakwa cadangan pelaksanaan hudud diputuskan oleh Pas tanpa mengambil kira pandangan rakyat.

Mengulas lanjut, Rosli Alani berkata, Pang Chaw sebelum ini juga pernah beberapa kali membuat kenyataan yang bercanggah dengan dasar dan Perlembagaan parti apabila menentang secara terbuka pelaksanaan hudud dalam sebuah akhbar.

"Beliau pernah dilaporkan berkata di dalam berita muka depan akhbar tersebut pada 10 Oktober 2011 kononnya 20,000 ahli DHPP akan keluar meninggalkan Pas jika hudud dilaksanakan.

"Walaupun telah dipanggil memberi penjelasan oleh Pas Pusat, pada 15 November 2013, beliau sekali lagi dilaporkan berkata tidak dapat melihat sebarang kebaikan yang boleh dibawa oleh hudud," katanya.

Rosli Alani dalam pada itu turut menegaskan, gesaan pihaknya supaya Pas memecat Pang Chaw bukan bermaksud parti itu menolak pandangan orang bukan Islam,

"Tindakan ini sebaliknya merupakan penolakan Pas kepada individu yang mahu menjadikan kedudukannya di dalam Pas sebagai peluang untuk mendapatkan sesuatu," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140423/po_02/Enggan-sokong-hudud-Pengerusi-DHPP-diselar#ixzz2zftIMMFu  © Utusan Melayu (M) Bhd 



KOMEN : ORANG KAFIR NI (DHPP) TAKAN PUAS HATI SELAGI PAS TAK IKUT CAKAP MEREKA... MANA MEREKA FAHAM DAN PERCAYA DENGAN ISLAM AJARAN PAS, KALAU TAK  DAH LAMA MEREKA MEMELUK ISLAM... SAMPAILAH NI ABUK PUN TAK ADA... NIK AZIZ GAGAL TOTAL...

No comments: