Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 23 April 2014

MH370: Bluefin-21 selesai pencarian di lebih 80 peratus kawasan tumpuan


MH370: Bluefin-21 selesai pencarian di lebih 80 peratus kawasan tumpuan

Dron laut dalam (AUV) Bluefin-21.KUALA LUMPUR: Bluefin-21 sedang melengkapkan misi ke-10 dalam pencarian pesawat MH370 di dalam Lautan Hindi tetapi tiada penemuan setakat ini, menurut Pusat Penyelaras Agensi Bersama (JACC) Australia. 

"Bluefin-21 sudah selesai mencari di lebih 80 peratus kawasan tumpuan. Tiada penemuan setakat ini," menurut JACC dalam satu kenyataan pagi ini. 

Menurut JACC, sehingga 10 pesawat tentera dan 12 kapal akan membantu misi mencari hari ini. 

"Hari ini AMSA merancang pencarian visual di kawasan seluas 37,948 kilometer persegi. Pusat pencarian terletak 855 kilometer ke barat laut Perth," menurut JACC. 

Hujan yang mungkin bertukar lebat diramalkan di kawasan pencarian dengan laut bergelora dan ombak sehingga 2.5 meter manakala jarak penglihatan sejauh satu kilometer.


No comments: