Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 25 April 2014

MH370: Kapal Bunga Mas 6 TLDM tiba di kawasan pencarian









PERTH 24 April - Kapal sokongan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Bunga Mas 6 (BM6) hari ini menyertai kapal frigat KD Lekiu dalam usaha mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang di selatan Lautan Hindi.

Ia adalah kapal TLDM kelapan yang menyertai pasukan daripada pelbagai negara untuk mencari pesawat malang itu.

Maklumat awal ini disahkan seorang jurucakap Tentera Laut Diraja Australia (RAN) melalui twitter kepada Bernama. Kapal sokongan itu, yang memulakan pelayaran dari pangkalan TLDM Lumut pada 16 April, pada mulanya dijangka tiba di Perth pada Jumaat.

Jurucakap itu berkata, kapal berkenaan tidak berlabuh atau singgah di HMAS Stirling, pangkalan RAN, tetapi meneruskan pelayaran ke zon pencarian.

BM6 diketuai pegawai pemerintahnya Komander J. Kuharaj dan dianggotai 25 anak kapal terdiri daripada petugas Syarikat Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC), yang diserap ke dalam Pasukan Sukarelawan TLDM.

Komander Sokongan TLDM, Naib Laksamana Datuk Mohamad Roslan Mohamad Ramli yang menyempurnakan majlis mengucapkan selamat jalan kepada kapal itu memberitahu media bahawa BM6 akan menyertai operasi berkenaan selama tiga bulan. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140424/dn_40/MH370-Kapal-Bunga-Mas-6-TLDM-tiba-di-kawasan-pencarian#ixzz2zrV6OfjF  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: