Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 17 April 2014

MH370 - Anwar ulangi taktik sama

Keratan Utusan Malaysia, semalam.

KUALA LUMPUR 16 April - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi taktik yang sama apabila menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO berhubung kenyataan beliau kononnya boleh menyelesaikan misteri kehilangan pesawat MH370 dalam satu saat sebagaimana disiarkan oleh sebuah akhbar antarabangsa China.

Anwar turut menyalahkan agensi berita perdana Bernama yang didakwanya sebagai alat BN dan telah salah menterjemahkan kenyataan yang dibuatnya kepada akhbar Southern Weekly.

“Kenyataan Datuk Seri Najib semalam memutar belitkan kenyataan saya, seolah-olah mengatakan saya seandainya Perdana Menteri akan mengambil masa satu saat untuk menyelesaikan masalah MH370.

“Ini dikutip daripada sumber Bernama, media rasmi kerajaan BN yang sebenarnya membuat penipuan terjemahan yang salah kenyataan saya di Southern Weekly, teks asal mengatakan bahawa saya akan ambil masa satu saat untuk membuat keputusan tentang apa yang perlu dilakukan untuk menjamin keselamatan negara dan memberi maklumat kepada orang ramai, bukan penyelesaian," katanya dalam laporan portal Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), di sini hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyelar kenyataan Anwar yang kononnya mampu menyelesaikan misteri kehilangan pesawat MH370 dalam satu saat sekiranya diberi kuasa.

Anwar bagaimanapun enggan menjelaskan secara penuh isu ‘penyelesaian sesaat itu’ sebaliknya menyatakan kerajaan seharusnya menjawab soalan pokok berhubung misteri kehilangan pesawat MAS dan memperkukuhkan sistem keselamatan serta kawalan negara yang didakwa terlalu lemah.

“Seperti biasa senjata fitnah UMNO BN di bawah Datuk Seri Najib ialah merekayasa satu kenyataan kemudian menyerang, dan tidak merujuk kepada kenyataan yang benar," katanya.

Anwar yang kerap campur tangan dalam insiden itu turut mendabik dada dengan mengatakan pengurusan beliau pasti lebih teratur seperti dilakukan ketika menguruskan tragedi Highland Tower semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri suatu ketika dahulu.

Pada 5 April lalu, akhbar Nanyang Siang Pau bertarikh 5 April 2014 menyiarkan artikel mengenai wawancara Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan majalah Southern Weekly yang dimiliki Southern Media Group China, baru-baru ini.

Artikel bertajuk Satu saat yang ditulis oleh Chang Long Yan daripada Institut Kewartawanan Taima disiarkan dalam ruangan Pendapat Yuan Lun halaman C9.

Ketika wawancara itu, Anwar telah ditanya jika dirinya seorang Perdana Menteri, bagaimanakah caranya beliau menangani isu insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370?

Menurut Ketua Pembangkang itu, beliau hanya memerlukan waktu satu saat untuk menyelesaikan segala isu yang berbangkit.

Kata Anwar, insiden berkenaan telah mendedahkan bahawa pengurusan pentadbiran kerajaan sekarang adalah begitu teruk. Kerajaan tidak percayakan juruterbang, mengawal media massa, tidak mempunyai pegawai berkelayakan dan tiada pasukan cendekiawan yang boleh memberi nasihat.

Danica Week’s menunjukkan gambar anaknya, Lincoln dan Jack serta suaminya, Paul yang merupakan penumpang pesawat MH370 yang hilang semasa ditemui di rumahnya di Pavillion Circle, Perth, Australia, semalam. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140417/dn_03/Anwar-ulangi-taktik-sama#ixzz2z6WcG3Eb  © Utusan Melayu (M) Bhd


No comments: