KUALA LUMPUR - Pendahulu Liga Perdana, PDRM dipaksa bekerja keras oleh Johor Darul Ta'zim (JDT II) sebelum menang tipis 1-0 di Stadium Petaling Jaya bagi mengekalkan kedudukan tangga teratas dengan kelebihan enam mata ke atas pencabar terdekat, Pulau Pinang.
Jaringan daripada bekas pemain JDT, Ahmed Ezrie Shafizie pada minit ke-85 yang memanfaatkan bola muntah percubaan Chad Charles Souza memastikan pelawat pulang dengan tangan kosong dan meletakkan The Cops masih belum kalah selepas 13 perlawanan.
Di Stadium Likas, Pulau Pinang bangkit daripada ketinggalan untuk menang 3-1 ke atas Sabah dan meletakkan mereka kekal di tangga kedua.
Andrezinho meletakkan Sabah di hadapan pada minit ke-39, sebelum skuad Harimau Kumbang bangkit mengganas pada baki 45 minit permainan dengan ledakan tiga gol melalui Zamri Chin (minit ke-53), Titi Buengo(minit ke-66) dan Lee Gil Hoon(minit ke-72).
Hasrat PBAPP mencipta kemenangan kedua tidak kesampaian apabila kalah 1-2 kepada Felda United di Stadium Bandaraya.
Edward Junior Wilson memanfaatkan sepakan penalti pada minit ke-16 sebelum pemain import Felda, Ndumba Makeche menggandakan kelebihan pada minit ke-58. Gol saguhati PBAPP disumbangkan Mohd. Faiz Nasir pada minit ke-72.
Malang berterusan buat Perlis apabila dibelasah 1-6 oleh Kedah di Stadium Darul Aman dengan pemain import dari Ireland, Billy Mehmet Osman meledak dua jaringan pada minit ke-10 dan 15 diikuti Faizal Abu Bakar pada minit ke-33.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140415/su_04/PDRM-perit-sebelum-menang#ixzz2yvAdrNHI © Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment