Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 21 April 2014

MH370: China-Malaysia tetap kukuh

Najib Tun Razak bersalaman dengan Hu Chunhua di pejabatnya di Perdana Putra, Putrajaya, semalam. Yang turut kelihatan, Hishammuddin Tun Hussein, Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ong Ka Ting. - BERNAMA

PUTRAJAYA 18 April - Seorang pemimpin utama China mengunjungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini hari ini, menandakan betapa kukuhnya hubungan Malaysia-China yang sedia terjalin.

Najib menerima kunjungan hormat daripada anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (CPC) Hu Chunhua dan anggota delegasi di pejabat beliau di Bangunan Perdana Putra.

Chunhua yang juga Gabenor wilayah Guangdong tiba pukul 5.50 petang dan beliau dan Najib mengadakan pertemuan selama kira-kira 45 minit.

Yang turut hadir pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Duta Khas Malaysia ke China, Tan Sri Ong Ka Ting dan Duta China di Malaysia, Dr. Huang Huikang.

Sementara itu, Ka Ting berkata Chunhua mengulangi bahawa hubungan China-Malaysia terus kukuh walaupun di sebalik insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 bersama 239 penumpang dan anak kapal termasuk lebih 150 penumpang warga China pada 8 Mac lalu.

'Hubungan yang kukuh itu tidak akan terjejas disebabkan satu insiden itu. Asas (perhubungan) antara Malaysia dan China tetap kukuh dan kedua-dua negara akan berusaha keras untuk menangani apa jua cabaran,' katanya kepada pemberita.

Ka Ting berkata, Chunhua juga menyambut baik lawatan Najib ke China pada akhir bulan depan sempena ulang tahun ke-40 pemupukan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Katanya, turut dibincangkan dalam pertemuan itu adalah langkah mempertingkatkan perdagangan dua hala dan usaha berterusan Malaysia untuk menjejaki pesawat MH370.

'China tetap menjamin akan membantu sedaya upaya dalam operasi mencari. Bantuan tidak terputus. Persefahaman ini adalah untuk memelihara hubungan baik Malaysia-China,' katanya.

Chunhua yang kini dalam lawatan tiga hari ke negara ini bermula semalam, antara lain, menghadiri Persidangan Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan China-Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau dijangka menghadiri upacara menanam pokok di Taman Persahabatan Malaysia-China di Presint 4 di sini pada Ahad ini.

Chunhua atau lebih dikenali sebagai ‘little Hu’ ialah setia­usaha Parti Komunis China wilayah Guangdong, sebuah daripada pusat utama ekonomi di China.

Beliau dilantik sebagai anggota Politbiro ke-18 Parti Komunis China pada November 2012 dan merupakan seorang daripada anggota paling muda politbiro yang dididik dan mendapat kepercayaan untuk menjadi bakal pemimpin China pada 2022. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140419/dn_01/MH370-China-Malaysia-tetap-kukuh#ixzz2zUGyTbYM  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: