Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 17 April 2014

LIGA SUPER - Perak bakal beraksi tanpa penyokong

PASUKAN FRU terpaksa menggunakan meriam air untuk menyuraikan penyokong Perak yang cuba menyerang penyokong JDT selepas pasukan Perak tewas 1-0 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Perak, Ipoh, kelmarin. - UTUSAN/ZULKARNAIN MOHD. SAIDIN

PETALING JAYA - Ke­kecohan yang dicetuskan penyokong Perak terhadap penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam perlawanan Liga Super di Stadium Perak, Ipoh kelma­rin mungkin akan menyebabkan pa­sukan Bos Gaurus beraksi di laman sendiri di dalam stadium kosong.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, hukuman itu merupakan antara tindakan yang boleh dikenakan terhadap mana-mana persatuan bola sepak yang gagal menyediakan kawalan keselamatan mengikut piawaian yang ditetapkan sehingga membolehkan kekecohan seumpama itu tercetus.
Beberapa kemungkinan akan ber­laku sekiranya dikenakan tindakan tatatertib, kemungkinan Perak ter­paksa beraksi di dalam stadium kosong tetapi kami berharap tidak sampai ke tahap itu.

“FAM sedang menunggu laporan penuh daripada pegawai perlawanan untuk dirumuskan sebelum diserahkan kepada jawatankuasa berkenaan untuk tindakan susulan kerana kami melihat perkara ini sebagai sesuatu yang sangat serius," kata­nya ketika ditemui pemberita di Wisma FAM di sini semalam.

Pertemuan di antara ke­dua-dua pasukan itu dice­ma­ri insiden kekecohan pe­nyokong yang berlaku selepas perlawanan tamat.

Tindakan pantas Pasukan Simpa­nan Persekutuan (FRU) dan anggota keselamatan lain berjaya menghalang insiden tersebut menjadi lebih buruk.

Kira-kira 250 penyokong JDT lari ke tengah padang untuk menyelamatkan diri dan mereka menunggu beberapa lama di situ hingga keadaan selamat sebelum beredar.

Kekecohan sudah dijangka akan berlaku kerana pada sebelah pagi dua buah bas yang membawa skuad Harimau Selatan diconteng di bahagian sisi dengan cat kuning ketika diletakkan berhampiran hotel penginapan skuad berkenaan.

Hamidin berkata, pihaknya turut kecewa dengan insiden yang berlaku itu sambil menyifatkan tindakan seperti itu menjejaskan kerancakan sukan bola sepak tanah air dan sekali gus memberikan implikasi tidak baik kepada Persatuan Bolase­pak Perak (Pafa).

Katanya, insiden itu berpunca daripada segelintir penyokong yang ingkar dengan peraturan ke­selamatan yang ditetapkan dan beliau khuatir akan terus berlaku sekiranya tidak dibendung secara menyeluruh.

“Secara peribadi saya sangat sedih dengan kejadian ini kerana pelbagai usaha telah dilakukan termasuk kempen Anti Hooligan dan surat peringatan kepada pihak persatuan berhubung insiden seumpama ini.

“Bagaimanapun ia tetap menjadi tanggungjawab untuk menyediakan kawalan keselamatan yang mencukupi bagi membendung perkara ini daripada berlaku dan sekiranya berlaku kekacauan lagi pada masa akan datang, agak malang buat Pafa," katanya.

Bulan lalu, Pafa dikenakan denda berjumlah RM20,000 selepas mengaku bersalah di bawah empat pertuduhan termasuk tindakan penyokong membakar mercun ketika pemain menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Terengganu pada 25 Januari lalu di laman sendiri.

Tiga lagi kesalahan melibatkan pembakaran mercun selepas tamat perlawanan, tindakan penyokong membakar suar dan gagal menyediakan kawalan keselamatan yang mencukupi semasa perlawanan berlangsung.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140417/su_01/Perak-bakal-beraksi-tanpa-penyokong#ixzz2z6UGRjiX  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: