Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 14 April 2014

AIR - Paras air empangan kritikal

KUALA LUMPUR 11 April - Paras air di lapan empangan di Selangor masih berada di atas paras kritikal walaupun tidak menunjukkan perubahan ketara.

Berdasarkan data daripada laman web rasmi Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), paras air di Empangan Sungai Tinggi berada pada paras 53.05 meter, Tasik Subang (37.65 meter) serta Kolam Takungan Sungai Labu (38.90 meter), tidak banyak berubah meskipun hujan di beberapa tempat di sekitar Selangor sepanjang minggu ini.

Sementara itu, paras air di Empangan Batu pula aras 99.27 meter, Empangan Klang Gates (88.96 meter), Empangan Langat (211.70 meter), Empangan Semenyih (106.05 meter) serta Sungai Selangor (190.35 meter).

Kelmarin, akhbar melaporkan penduduk di Lembah Klang mungkin terpaksa berdepan catuan bekalan air sehingga Julai ini bagi membolehkan takungan empangan di negeri ini mencapai paras 55 peratus.

Pengarah LUAS, Md. Khairi Selamat berkata, kemungkinan itu berdasarkan perkiraan jumlah taburan hujan semasa 50 milimeter (mm) sebulan.

Bagaimanapun, jelasnya, tempoh tersebut mungkin dapat dipendekkan jika hujan lebih kerap dan taburan hujan melebihi 200mm sebulan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140412/dn_16/Paras-air-empangan-kritikal#ixzz2ypbhqTLn  © Utusan Melayu (M) Bhd 


Selangor umum pelan catuan air

SHAH ALAM 11 April - Selangor akan mengumumkan keputusan tempoh pelan catuan air dalam dua minggu lagi, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat dengan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri terlebih dahulu bagi membincangkan isu tersebut sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Kita akan membuat keputusan mengenai (tempoh) pelan catuan air ini selepas habis sidang DUN (Dewan Undangan Nege­ri) dan kerajaan negeri juga akan mengumumkan hasil perbincangan dengan kerajaan Persekutuan berhubung penstukturan semula air di negeri ini," katanya kepada pemberita di lobi DUN hari ini.

Pelan catuan air di Selangor yang bermula 27 Februari lepas kini berada pada peringkat keempat dan akan diteruskan sehingga penghujung April ini.

Sementara itu, dalam sidang DUN, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong berkata, ketika ini terdapat peningkatan paras air di beberapa empangan di negeri ini termasuk empangan Klang Gates dan Sungai Selangor.

“Kita harap catuan hanya berlaku sehingga April sahaja kerana mengikut jangkaan Jabatan Meteorologi, kadar hujan dijangka meningkat pada April dan Mei, jadi kita harap kita mempunyai bekalan air yang mencukupi sekurang-kurangnya sehingga Hari Raya Aidilfitri ini," katanya. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140412/dn_17/Selangor-umum-pelan-catuan-air#ixzz2ypc69M1f  © Utusan Melayu (M) Bhd 




No comments: