Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 22 April 2014

Ahli Pas P. Pinang yakin dinasti Lim sokong hudud











PULAU PINANG 21 April - Ahli-ahli Pas negeri ini berpegang kepada keyakinan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung parti itu yang belum disahkan, Lim Guan Eng bersetuju dengan hasrat pelaksanaan hukum hudud.

Ahli Pas Balik Pulau, Halim Mustafa berkata, perkara itu bukan rahsia dalam kalangan ahli Pas negeri ini terutama di kawasannya memandangkan sama ada Kit Siang mahupun Guan Eng tidak pernah menyatakan pendirian menolak pelaksanaan hukum tersebut.

Tambah beliau, tidak seperti bekas Pengerusi DAP, mendiang Karpal Singh yang berterus terang mengenai pendiriannya, kedua-dua anak beranak itu sebaliknya tidak pernah menyatakan penentangan terhadap pelaksanaan hukum itu dalam kebanyakan ceramah mereka.

"Disebabkan itu, ahli-ahli Pas di negeri ini cukup yakin Kit Siang dan Guan Eng sebenarnya menyokong agenda pelaksanaan hukum hudud Pas dan kita sangat gembira dengan pendirian mereka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, bekas Setiausaha Pas cawangan Kampung Banjar, Mohamed Nabi Bux Mohd. Nabi Abd. Sathar mendakwa, dia difahamkan kedua-dua pemimpin DAP yang jawatan mereka belum disahkan itu pernah menyatakan sokongan terhadap pelaksanaan hukum hudud kepada pemimpin-pemimpin Pas.

Malah, menurut beliau, kepemimpinan Pas negeri juga diberitahu oleh Guan Eng mendiang Karpal menolak pelaksanaan hudud atas pendirian peribadi, bukannya pendirian DAP.

Ditanya sama ada Kit Siang atau Guan Eng pernah menyatakan pendirian rasmi mengenai sokongan mereka, Halim berkata, dia tidak pernah mendengar kedua-dua pemimpin berkenaan menyatakan sedemikian.

Walau bagaimanapun, tambahnya, kedua-dua pemimpin itu pernah ditanya perkara berkenaan dalam satu mesyuarat terbuka, namun tidak dijawab atas alasan tidak termasuk dalam agenda mesyuarat tersebut.

Sementara itu, dalam meyakini dinasti Lim bersetuju dengan hukum hudud Pas, Halim turut melahirkan rasa hairan kerana ahli-ahli DAP di negeri ini pula berpendirian sebaliknya.

Menurutnya, daripada apa yang disampaikan ahli-ahli DAP, sama ada Kit Siang mahupun Guan Eng tidak pernah bersetuju dengan hasrat pelaksanaan hukum hudud Pas.

"Ini sebenarnya menimbulkan pertanyaan kepada ahli-ahli Pas mengenai apakah sebenarnya pendirian Kit Siang dan Guan Eng.

"Adakah mereka bersikap talam dua muka dan sedang menipu ahli-ahli sendiri?" katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140422/po_02/Ahli-Pas-P-Pinang-yakin-dinasti-Lim-sokong-hudud#ixzz2zaSXKf1O  © Utusan Melayu (M) Bhd


 KOMEN : MASIH ADA LAGI UMAT PAS YANG SANGGUP DI KENCING...

No comments: