Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 24 April 2014

MH370 - Aset operasi SAR MH370 diperhebat

HISHAMMUDDIN Tun Hussein menjawab pertanyaan wartawan mengenai operasi mengesan MH370 pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan Abdul Aziz Kaprawi (dua, kanan), Abdul Rahim Bakri (dua, kiri), Azharuddin Abdul Rahman (kanan) dan Ahmad Jauhari Yahya (kiri).

KUALA LUMPUR 23 April - Semua pihak dinasihatkan supaya tidak melayan spekulasi kononnya operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 dihentikan kerana ia sebenarnya semakin diperhebatkan.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, usaha mengesan pesawat MH370 diperhebatkan dengan meningkatkan aset dan lebih fokus kepada pencarian di dasar laut.

Beliau berkata, pihaknya telah berbincang dengan Petronas dan menemui entiti-entiti lain untuk melihat kemungkinan memperhebatkan aset bagi fasa seterusnya.

''Jangan dengar spekulasi bahawa SAR akan dihentikan kerana apa yang kita lakukan ialah memperhebatkan aset dan lebih fokus kepada pencarian di dasar laut.

''Ini memerlukan aset spesifik dan sedang dikenal pasti. Mereka yang punyai aset berkenaan juga telah dihubungi,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Yang hadir sama Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi; Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Rahim Bakri; Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Ahmad Jauhari Yahya.

Hishammuddin turut mengesahkan kenderaan dalam air (AUV) Bluefin-21 belum menemui sebarang petunjuk berkaitan pesawat MH370 selepas menyelesaikan kira-kira 80 peratus pencarian dalam air.

Beliau mengulangi jaminan usaha mencari pesawat MH370 akan diteruskan walaupun terdapat rancangan operasi berkenaan akan dibincang dan dibuat penilaian semula.

Malah kata beliau, masih terdapat kira-kira 20 peratus kawasan pencarian yang perlu diselesaikan oleh Bluefin-21.

''Apa yang penting ialah pencarian diteruskan dan ini jaminan kami beri kepada keluarga penumpang dan anak kapal MH370,'' katanya.

Tambah beliau, kerajaan juga sentiasa memastikan hubungan dengan keluarga penumpang berterusan supaya mereka berada dalam keadaan sedia maklum dengan sebarang perkembangan kejadian menimpa pesawat MH370.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140424/dn_02/Aset-operasi-SAR-MH370-diperhebat#ixzz2zlXyl2SH  © Utusan Melayu (M) Bhd 







No comments: