Polis mengarah penyokong JDT II tidak membaling objek ke dalam padang selepas tamat perlawanan menentang UiTM FC di Stadium Pasir Gudang, kelmarin.
Kami ada bukti rakaman berhubung tindakan pengadil: Pegawai JDT II
Kami ada bukti rakaman berhubung tindakan pengadil: Pegawai JDT II
Pasir Gudang: Mutu pengadilan yang cukup rendah dipercayai menjadi punca pengurus Johor Darul Ta'zim (JDT II), On Jabbar@Jaafar bertindak menyerang seorang pengadil perlawanan selepas aksi Liga Perdana antara pasukannya dan UiTM FC di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), kelmarin.
Ternyata pengadil perlawanan, Sukri Abd Rahman yang dibantu penolong pengadil 1, Mohd Jais Bujang dan penolong pengadil 2, Muhammad Faiz Che Mud gagal mengawal perlawanan dengan baik.
Kerana beberapa keputusan yang dibuat bukan sahaja mengundang kemarahan pengurus pasukan JDT II, malah penyokong tuan rumah turut tidak berpuas hati terhadap pengadil itu ketika mengendalikan perlawanan yang berkesudahan seri 2-2.
Hantar surat bantahan
Seorang pegawai JDT II yang enggan namanya disiarkan berkata, pihaknya akan menghantar satu salinan rakaman perlawanan itu kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai bukti betapa mutu pengadilan perlawanan itu cukup rendah.
"Kami juga akan menghantar surat bantahan kepada FAM berhubung beberapa keputusan pengadil yang tidak masuk akal.
“Kami berharap badan induk bola sepak negara itu mengambil tindakan penambahbaikan mutu pengadilan Liga Malaysia (Liga-M)," katanya semalam.
BH Sukan difahamkan On mula mempersoalkan keputusan Sukri apabila pengadil itu melayangkan kad kuning kepada Shahril Ishak selepas pemain itu meminta pengadil terbabit melakukan sesuatu terhadap pemain UiTM yang membuat benteng terlalu hampir sehingga menghalangnya untuk melakukan sepakan percuma.
Sukri juga tidak memberikan sepakan penalti kepada JDT II selepas pemain UiTM FC menggunakan tangan di dalam kotak penalti pada babak kedua.
Situasi itu juga mengundang rasa tidak puas penyokong tuan rumah yang kecewa dengan mutu pengadilan memaksa pihak polis mengawal bilik persalinan pengadil dan pemain UiTM.
Semalam BH Sukan melaporkan kekecohan berlaku sebaik perlawanan membabitkan JDT II dan UiTM dalam saingan Liga Perdana, malam kelmarin apabila seorang pengadil ditumbuk oleh seorang pegawai pasukan.
No comments:
Post a Comment