Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 15 April 2014

MH370 - Bluefin-21 digunakan untuk cari MH370 - JACC

Jurutera Sistem, Cheryl Mierzwa membuat pemeriksaan sebelum memasukkan Bluefin Robotics ke dalam laut untuk membantu mengesan MH370 yang dilaporkan hilang di Lautan Hindi. - AGENSI

PERTH 14 April - Kenderaan dalam air automatik (AUV) Bluefin-21 akan digunakan lewat hari ini bagi meneruskan usaha mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang.

Ketua penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Ketua Marsyal Udara (Bersara) Angus Houston berkata, keputusan menggunakan kenderaan khas itu diambil berikutan tiada lagi isyarat dikesan alat pengesan pinger sejak Selasa lepas.

“Walaupun tiada lagi isyarat dikesan (seterusnya), apa yang ada sebelum ini adalah petunjuk paling meyakinkan yang kami ada. Kami perlu terus menjejaki petunjuk itu dengan sedapat mungkin," katanya pada sidang akhbar mengenai perkembangan operasi mencari pesawat berkenaan di sini hari ini.

“Analisis yang dibuat terhadap empat isyarat sebelum ini memungkinkan satu definisi dibuat tentang kawasan mencari di dasar laut yang lebih kecil dan mudah diuruskan," katanya merujuk kepada data akaustik yang dikesan kapal Australia Ocean Shield minggu lepas.

Houston berkata, sehubungan itu, para pakar memutuskan bahawa Ocean Shield akan berhenti daripada membuat pencarian menggunakan alat pengesan pinger yang ditunda (TPL) lewat hari ini.

Houston, yang menyelaraskan pasukan mencari dari pelbagai negara di selatan Lautan Hindi itu, berkata TPL dan AUV tidak boleh beroperasi secara serentak. Oleh itu, keputusan peranti mana yang akan digunakan, perlu dibuat.

Menurut beliau, AUV yang mampu turun hingga sedalam 4,500 meter (m) akan digunakan dalam misi pertamanya bagi meliputi kawasan kira-kira 40 kilometer (km) persegi di tempat isyarat berkenaan telah dikesan.

Sambil menjelaskan bahawa setiap misi Bluefin-21 akan memakan masa sekurang-kurangnya 24 jam, beliau berkata:

“Selepas mengambil masa selama dua jam untuk sampai ke dasar laut, peranti itu akan bekerja selama 16 jam, dua jam untuk kembali ke permukaan air dan empat jam untuk memuat turun serta menganalisis data yang dikumpul."

Katanya penggunaan AUV berpotensi membawa usaha mencari selangkah lagi ke hadapan dalam usaha mengenal pasti visual.

Houston, bagaimanapun mengingatkan bahawa penggunaan AUV tidak memberi jaminan bangkai pesawat MH370 akan ditemui di dasar laut.

Menurut beliau, Bluefin-21 mempunyai keupayaan untuk digunakan hanya setakat kedalaman 4,500m dan bagi kedalaman melebihi had itu, aset yang berkeupayaan lebih tinggi perlu digunakan. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140415/dn_09/Bluefin-21-digunakan-untuk-cari-MH370---JACC#ixzz2yujsTwsK  © Utusan Melayu (M) Bhd 



KOMEN : KENA INGAT bahawa penggunaan AUV tidak memberi jaminan bangkai pesawat MH370 akan ditemui di dasar laut.

No comments: