Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 14 April 2014

MH370 - Guna prinsip triangulasi kesan kotak hitam

Kepenyelam tentera laut Australia, Joel Yong diturunkan dari helikopter Seahawk S-70B-2 untuk mencari kemungkinan serpihan ketika gerakan mencari pesawat MH370 di Lautan Hindi diteruskan. Gambar ini dikeluarkan oleh Pasukan Pertahanan Australia, semalam. - REUTERS

KUALA LUMPUR 11 April - Prinsip triangulasi data atau pengutipan pelbagai jenis data untuk menyelidik fenomena sama boleh digunakan bagi menentukan lokasi kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 berikutan pengesanan lima isyarat dari dasar Lautan Hindi.

Pengarah Pusat Teknologi Wayarles Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Dr. Tharek Abdul Rahman berkata, menerusi prinsip berkenaan, jarak di antara kapal pencari dan kotak hitam dapat diramal berdasarkan formula matematik perambatan isyarat ‘ping’ pada frekuensi akustik 37.5 kHz.

Katanya, prinsip itu melibatkan pengetahuan lokasi kapal, kekuatan isyarat yang dipancar dari kotak hitam, gandaan antena pemancar pada kotak hitam dan gandaan antena penerima pada alat pengesanan isyarat ‘ping’.

“Kaedah triangulasi mungkin bo­leh digunakan untuk menentu­kan lokasi kotak hitam dengan syarat alat itu tidak berubah semasa kelima-li­ma isyarat 'ping' tersebut dipancarkan.

“Prinsip ini sama dengan kaedah penentuan kedudukan menerusi sistem kedudukan global (GPS)," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengenai peluang pesawat MH370 ditemukan jika mendarat dengan baik di permukaan air sebelum tenggelam, Tharek berkata, saiz kapal terbang yang besar di dasar laut akan memudahkan pengesanannya menerusi teknologi sonar.

Tambahan pula, katanya, kotak hitam berkemungkinan besar masih berada di dalam badan pesawat dan tidak mudah bergerak disebabkan arus dalam laut.

“Ini juga memudahkan pencarian kotak hitam tersebut selagi baterinya masih hidup. Namun, situasi ini juga mungkin menyukarkan pengesanan awal dari permukaan laut disebabkan tiada cebisan pesawat sebagai penunjuk lokasi ia terjunam," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140412/dn_10/Guna-prinsip-triangulasi-kesan-kotak-hitam#ixzz2ypZWwlQf  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: