Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 16 April 2014

LIGA SUPER - Pahang, Kelantan kena belasah








KUALA LUMPUR - Pendahulu Liga Super, Pahang dan Kelantan menerima tamparan paling hebat dalam persaingan Liga Su­per musim ini selepas masing-masing dibolosi empat gol di tempat lawan malam tadi.

Pahang bukan sahaja me­le­paskan peluang untuk me­ngu­­­kuh­kan kedudukan di tangga teratas malah dimalukan pasukan lawan, Lions XII selepas tewas 4-1 di Stadium Jalan Besar, manakala Kelantan kalah 4-0 kepada Sime Darby dalam perlawanan di Stadium Selayang.

Bagaimanapun, penyandang juara Piala Malaysia, Pahang masih kekal di tangga teratas de­ngan 25 mata kerana pasukan di tempat kedua, Selangor yang hanya kurang satu mata, tidak beraksi semalam kerana akan bertemu Arema Indonesia dalam saingan Piala AFC hari ini.

Semuanya seakan sempurna buat pasukan bimbingan Zainal Abidin Hassan dalam perlawanan semalam apabila terlebih dahulu berada di depan menerusi jaringan Azidan Sarudin seawal minit kelapan, tetapi jaringan Safuwan Baharuddin setengah jam selepas perlawanan berlangsung memulakan kebangkitan Lions.

Aksi separuh masa kedua jelas milik tuan rumah terutama pada 10 minit terakhir apabila mereka menambah tiga lagi gol dengan Sufian Anuar meledak hatrik selepas menjaringkan gol pada minit ke-80, 90 dan juga masa kecederaan, seterusnya membantu Lions XII melonjak ke kedudukan keempat.

Masa depan jurulatih Kelantan, Steve Darby pula boleh semakin runcing apabila skuad kendaliannya dimalukan oleh pasukan di tengah carta, Sime Darby di Stadium Selayang.

Pemain baharu Sime Darby, Mateo Roskam dari Croatia meledak jaringan hatrik dengan satu lagi jaringan disumbangkan oleh bintang Syria, Mahmoud Al Amnah.

Kerapuhan benteng Kelantan jelas terserlah sejak awal permainan apabila hantaran lintang Azmirul Azmi berjaya disudahkan oleh Roskam melalui tandukan cantik pada minit keempat.

Belum sempat Kelantan mengatur rentak pada permulaan babak kedua, Roskam sekali lagi mengejutkan 15,000 penyokong The Red Warriors dengan jaringan kedua pada minit ke-46.

Mahmoud menghukum ke­cuai­an Khairul Fahmi Che Mat dan Mohd. Farisham Ismail sebelum mudah menolak masuk bola ke dalam gawang yang kosong pada minit ke-65 sebelum Roskam empat minit kemudian memastikan kemenangan mutlak buat Sime Darby.

Penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa bagai telah menduga lebih awal akan kekalahan itu apabila menyatakan dia tidak suka de­ngan kesebelasan utama yang diturunkan Darby pada separuh masa pertama, menerusi entri terbaharu dalam akaun Facebook miliknya malam tadi.

Di Stadium Shah Alam, Terengganu terus gagal mencatat kemenangan apabila sekadar seri 2-2 dengan pasukan tuan rumah, PKNS walaupun mereka berada di depan pada separuh masa pertama menerusi jaringan Azlan Zainal pada minit ke-22 dan Marlo Karlovic, minit 43.

PKNS bangkit pada separuh masa kedua apabila Patrick Ronaldinho merapatkan jurang dengan jaringan pada minit ke-63 dan P. Gunalan berjaya membantu pasukannya daripada kehilangan mata selepas menyamakan kedudukan di minit ke-79.

Di Stadium Perak, pasukan tuan rumah terus menderita apabila kalah 0-1 kepada Johor Darul Ta'azim (JDT) yang memperoleh gol kemenangan menerusi Nazrin Nawi pada minit ke-15 namun pasukan pelawat terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Amirul Hadi Zainal dilayangkan kad merah pada minit ke-67.

Di Stadium Negeri, Sarawak te­rus mengekalkan rentak cemerlang apabila mencatat kemenangan 3-2 ke atas ATM apabila mereka memperoleh jaringan melalui Junior Eldstal pada minit ke-44, S. Chanturu (minit 63) dan gol sendiri Norfazly Alias (minit 71).

Jaringan ATM pula disumbangkan Juan Arostegui (minit 34) dan Christie Jayaseelan (minit 74).


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140416/su_05/Pahang-Kelantan-kena-belasah#ixzz2z15RePsK  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: