Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 14 April 2014

HUDUD - Ahli Parlimen Islam wajib sokong




Oleh ASMA HANIM MAHMOOD
utusankelantan@utusan.com.my






KOTA BHARU 11 April - Ke-semua ahli Parlimen beragama Islam tanpa mengira parti wajib menyokong rang undang-undang persendirian yang akan dibentangkan Pas di Dewan Rakyat bagi melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 atau hudud di negeri itu.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, sokongan itu perlu sebagaimana ditunjukkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN).

“Usaha Pas untuk melaksanakan hudud di negeri ini telah mendapat sokongan penuh ADUN BN dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan baru-baru ini dan semua pihak ter-utamanya beragama Islam wajib mengikut jejak yang sama," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob baru-baru ini mengumumkan keputusan kerajaan negeri untuk membawa usul rang undang-undang persendirian dalam sidang Dewan Rakyat akan datang bagi me-laksanakan hukum hudud di negeri itu menjelang 2015.

Keputusan tersebut susulan kesediaan Kerajaan Persekutuan memberi laluan kepada mana-mana kerajaan negeri bagi menguatkuasakan hukum hudud di negeri masing-masing.

Bagaimanapun DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerusi Ketua Publisitinya, Tony Pua dan Naib Presiden, N. Surendran memberi peringatan keras kepada Pas bahawa hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pembangkang dan cubaan membentang rang undang-undang itu akan ditentang.

Mengulas tentang tentangan tersebut, Nik Abdul Aziz yang merupakan bekas Menteri Besar Kelantan berkata, beliau mengakui perkara itu, namun yakin penerangan berterusan akan membuatkan mereka lebih memahami biarpun proses tersebut memerlukan masa sebagaimana sejarah dakwah Rasulullah SAW.

“(Pemahaman) kita akan terbuka sikit demi sikit, itulah kelebihan politik Islam, syaratnya kita mesti kukuh akidah, orang lain nak buat apa pun biarlah, lama-lama dia akan faham.

“Nabi Muhammad SAW (berdakwah) makan masa 23 tahun, Allah tidak beri kejayaan dalam sehari tetapi sedikit demi sedikit,’’ ujarnya.

Tambahnya, beliau yakin pimpinan DAP akan menyokong.

“Kalau dia fikir jauh sampai ke akhirat, tentang balasan syurga ne-raka, bagaimana nak masuk syurga, jika tidak melalui Islam,

“Kebangsaan tidak boleh, demokrasi pun tidak boleh, demokrasi ini manusia yang buat, kapal terbang kita (MH370) hilang, muat 300 orang, kalau bas perlu guna tujuh buah, kapal terbang muat orang seramai ini kita tak jumpa cari, inikan pula akhirat, lebih lagilah tidak jumpa cari kalau tidak melalui Islam, kena fikir begitu," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140412/po_02/Ahli-Parlimen-Islam-wajib-sokong#ixzz2ypkMOxWg  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: