IPOH - Perlawanan Liga Super antara Perak dan Johor Darul Taazim (JDT) di Stadium Perak, Ipoh malam tadi dicemari dengan insiden kekecohan penyokong yang bermula dari tempat duduk penyokong pasukan lawan.
Bagaimanapun, tindakan pantas Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) berjaya menghalang insiden tersebut menjadi lebih buruk manakala kira-kira 250 penyokong JDT lari ke tengah padang untuk menyelamatkan diri.
Setakat pukul 11.30 malam semalam, penyokong pasukan lawan masih berada di padang dan tidak keluar dari stadium atas faktor keselamatan.
Sekurang-kurangnya tiga penyokong ditahan oleh pihak polis dan dalam masa yang sama penyokong tuan rumah turut membakar suar serta membaling mercun selepas perlawanan tamat.
Jurugambar dari Kumpulan NST, Supian Ahmad pula mengalami kecederaan di bahagian lutut kanan akibat terkena batu bata yang dibaling ketika cuba merakam gambar kekecohan dari tempat duduk penyokong JDT.
Dia yang terus rebah selepas terkena balingan tersebut segera dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Sementara itu, di sebelah pagi kontroversi sudah tercetus apabila dua buah bas yang membawa skuad Harimau Selatan diconteng di bahagian sisi dengan ayat This Ipoh dengan cat kuning ketika diletakkan berhampiran hotel penginapan skuad berkenaan.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong ketika dihubungi memberitahu, pihaknya menerima tiga laporan berkenaan insiden bas diconteng itu yang dibuat di Balai Polis Sungai Senam dekat sini.
Katanya, laporan berkenaan masing-masing melibatkan semburan cat pada dua buah bas dan sebuah kereta jenis Toyota Hilux milik pasukan JDT yang dibuat oleh pihak pengurusa pasukan berkenaan.
Kejadian itu disedari pihak berkenaan kira-kira pukul 9.30 pagi," katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140416/su_01/Kecoh-di-Stadium-Perak#ixzz2z18Sh9Hj © Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment