Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 14 April 2014

HUDUD - DAP, PKR tiada hak campuri dasar Pas












KUALA LUMPUR 11 April - Tahaluf siyasi antara pembangkang bukan alasan untuk menghalang Pas daripada membentang usul rang undang-undang persendirian mengenai hudud di Dewan Rakyat kerana kerjasama tersebut hanya bersifat politik manakala urusan dasar perjuangan adalah hak mutlak setiap parti.

Menurut bekas Timbalan Pre-siden Pas, Nasharudin Mat Isa, pembentangan rang undang-undang tersebut tidak akan menjejaskan kerjasama politik antara Pas de-ngan sekutu pembangkang walaupun DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bukan sahaja lantang menentang tetapi mahu menggagalkan hasrat berkenaan.

Beliau menegaskan, DAP serta PKR juga tidak boleh mencampuri, memaksa apatah lagi menghalang agenda perjuangan Pas untuk memartabatkan hukum hudud de-ngan menggunakan alasan bukan sebahagian daripada persetujuan pembangkang kerana hukum tersebut adalah dasar Perlembagaan Pas.

“Membentang usul rang undang-undang persendirian Kanun Jenayah Syariah Islam (hudud) tidak akan menjejaskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik Pas dengan parti komponen pembangkang manakala tahaluf siyasi juga bukanlah penghalang untuk Pas membentang rang undang-undang ini di Dewan Rakyat.

“Tahaluf siyasi adalah kerjasama politik dan bukan kerjasama dasar perjuangan, fikrah, ibadah atau akidah. Ia kekal menjadi parti yang berbeza dengan sempadan masing- masing tanpa sesekali melibatkan dasar atau perjuangan parti yang diperjuangkan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan terbaharu Nasharudin itu dibuat kurang 24 jam selepas beliau meminta Pas tidak tunduk kepada penentangan DAP atau PKR kerana Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat itu berpendapat sekarang adalah masa paling sesuai untuk membentangkan rang undang-undang tersebut kerana mendapat sokongan UMNO.

Gesaan itu segera disambut Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakub apabila beliau menegaskan Kerajaan Pas Kelantan tidak akan berganjak daripada pendirian membentangkan usul tersebut walaupun mendapat tentangan sekutu pembangkang.

Kelmarin DAP dan PKR menerusi Ketua Publisitinya, Tony Pua dan Naib Presiden, N. Surendran memberi peringatan keras kepada Pas bahawa hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pembangkang dan sebarang cubaan untuk membentangkan usul rang undang-undang tersebut di Dewan Rakyat akan ditentang.

Sebelum itu, bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh, lantang memberi ingatan kepada Dewan Rakyat agar jangan membenarkan usul tersebut diluluskan dengan alasan bertentangan de-ngan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam pada itu, Nasharudin menjelaskan, hudud adalah kanun jenayah syariah Islam yang adil lagi bijaksana kerana bersumberkan Allah dan hukum tersebut wajib ditegakkan oleh mereka yang diberi amanah.

“Hudud adalah juzuk Islam yang tidak boleh diperkecilkan. Ia adalah penyelesaian kepada isu nasional yang sekian lama gagal ditangani oleh undang-undang sedia ada. Ini adalah masa terbaik untuk Pas mengemukakannya dan Ahli Parlimen Islam wajib menyokong kerana ia undang-undang Allah," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140412/po_06/DAP-PKR-tiada-hak-campuri-dasar-Pas#ixzz2ypmQyIfj  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: