Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 14 April 2014

MH370 - Abbott yakin isyarat kotak hitam

Tony Abbott (kanan) berkata sesuatu kepada Datuk Bandar Shanghai, Yang Xiong semasa perjumpaan makan tengah hari di Shanghai sempena lawatan rasmi beliau ke China, semalam. - REUTERS

SYDNEY 11 April - Perdana Menteri Australia, Tony Abbott sangat yakin beberapa isyarat yang dikesan ketika operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dikeluarkan oleh kotak hitam pesawat berkenaan.

Menurutnya, pihak berkuasa Australia juga yakin mereka mengetahui lokasi kotak hitam pesawat tersebut yang hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Beijing, China pada 8 Mac lalu.

Beliau berkata, isyarat terbaharu dikesan oleh sebuah boya pendengaran juga memberi petunjuk bahawa misi mencari pesawat MH370 tertumpu di kawasan yang betul.

“Malah, kami telah mengecilkan lokasi carian dan sangat yakin beberapa isyarat dikesan itu datang daripada kotak hitam," katanya kepada pemberita semasa lawatan rasmi ke China hari ini.

Australia kini mengetuai misi mencari pesawat jenis Boeing 777 yang membawa seramai 239 penumpang dan anak kapal sejak operasi itu beralih ke Lautan Hindi.

Setakat hari ini, pasukan mencari gagal menemui serpihan pesawat MH370 namun empat isyarat 'ping' yang mempunyai kaitan dengan kotak hitam pesawat telah dikesan oleh sebuah kapal laut milik Australia.

Analisis dua isyarat pertama yang dikesan oleh kapal Ocean Shield dengan menggunakan peralatan Amerika Syarikat (AS) mendapati ia konsisten dengan isyarat perakam kotak hitam.

Dalam pada itu, Abbott berkata, kawasan carian telah dikecilkan selepas pihaknya mengesan beberapa isyarat baharu yang sebahagian daripadanya untuk tempoh masa yang lama.

“Bagaimanapun, isyarat yang dikesan dan dipercayai datang dari kotak hitam pesawat itu semakin berkurangan. Kami berharap mendapat maklumat sebanyak mungkin sebelum isyarat itu lenyap," katanya kepada Sky News.

Sementara itu, Abbott berkata, beliau tidak mahu mengulas perkara tersebut secara lanjut sehingga pihaknya memberi taklimat berhubung siasatan itu kepada Presiden China, Xi Jinping.

Kira-kira dua pertiga daripada 239 penumpang pesawat MH370 merupakan rakyat China.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 menjadi operasi paling mahal dalam sejarah nahas penerbangan dunia setakat ini.

Penemuan kotak hitam MH370 amat penting bagi merungkai misteri kehilangan pesawat MAS itu. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140412/dn_02/Abbott-yakin-isyarat-kotak-hitam#ixzz2ypRmjnfW  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: