Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 2 September 2014

POLITIK :MB perlu ada keupayaan sendiri

Oleh ABDUL YAZID ALIAS
pengarang@utusan.com.my

TENGKU Amir dan Abdul Khalid Ibrahim bersama jemaah membaca Yasin semasa Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Sempena Hari Kemerdekaan Ke-57 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, semalam. - BERNAMA

SHAH ALAM 29 Ogos - Individu yang diamanahkan sebagai Menteri Besar harus mempunyai keupayaan sendiri untuk mentadbir dan bukannya dikawal oleh mana-mana pihak lain seperti boneka.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, keupayaan sedemikian amat penting dan menjadi syarat utama dalam menentukan individu yang layak untuk mengisi jawatan berkenaan termasuk pematuhan kepada perkara-perkara lain melibatkan peruntukan undang-undang di bawah Perlembagaan negeri.

"Menteri Besar dipilih kerana keupayaan seseorang itu. Kalau individu itu berupaya, maka akan dipilihlah dia," katanya kepada pemberita selepas mengiringi Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Terdahulu, Abdul Khalid menghadiri majlis bacaan Yasin serta tahlil sempena Hari Kemerdekaan Ke-57 di masjid berkenaan.

Akhbar hari ini melaporkan, sumber yang rapat dengan istana berkata, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menolak mana-mana calon Menteri Besar 'kawalan jauh' yang bermaksud dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu.

Dalam laporan muka depan akhbar berbahasa Inggeris itu, Sultan Selangor mahukan Menteri Besar yang bukan hanya dipilih berdasarkan sokongan majoriti daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), tetapi juga mampu meletakkan kepentingan rakyat sebagai perkara utama selain berkebolehan melaksanakan tadbir urus negeri ini.

Selain itu, Sultan Selangor juga mahukan calon Menteri Besar yang boleh bekerjasama dengan semua pihak termasuk Exco-exco serta mempunyai hubungan yang baik dengan pihak istana.

Pada 26 Ogos lalu, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas supaya mengemukakan lebih dua nama daripada parti masing-masing untuk dipertimbangkan sebagai Menteri Besar bagi menggantikan Abdul Khalid.

Bagaimanapun, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi laporan akhbar hari ini menegaskan, pihaknya kekal dengan keputusan mencalonkan Presiden parti itu, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Abdul Khalid.

Anwar turut meminta Pas supaya menerima serta menghormati keputusan PKR itu selain menyatakan pencalonan Wan Azizah juga merupakan keputusan sebulat suara yang dicapai dalam mesyuarat pimpinan pakatan pembangkang pada 17 Ogos lalu.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140830/po_02/MB-perlu-ada-keupayaan-sendiri#ixzz3C7eZOGk7  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: