Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 15 August 2014

POLITIK : Isu MB Selangor: Pelbagai persoalan lagi belum terjawab


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) memperkatakan sesuatu kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali di pekarangan Ibu Pejabat PKR sebelum meninggalkan bangunan itu di Petaling Jaya, semalam. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 13 Ogos - Kemelut perebutan jawatan Menteri Besar Selangor menyaksikan pelbagai persoalan timbul berhubung situasi politik, kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kerjasama pakatan pembangkang di negeri itu.

Berikut adalah pandangan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak mengenai persoalan-persoalan berkenaan dan kemungkinan yang boleh berlaku, berdasarkan perkembangan semasa krisis berkenaan.

Persoalan 1: Apakah pendirian Pas sama ada akan menyokong Abdul Khalid atau sebaliknya untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor dalam mesyuarat Ahli Jawatan Kuasa parti itu pada 17 Ogos ini?

* Majlis Syura Ulama Pas sebelum ini memutuskan bahawa Abdul Khalid tidak boleh digugurkan daripada jawatan Menteri Besar Selangor selagi beliau tidak disabitkan dengan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkannya disingkirkan.

* Pas juga kelihatan sukar untuk menolak Abdul Khalid kerana parti itu mempunyai peluang untuk menguasai Selangor yang merupakan negeri terkaya di negara ini.

* Jika Pas menyokong Abdul Khalid, apakah sekutunya DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersedia menerima pendirian Pas itu. Atau apakah jalan lain seperti mencalonkan ADUN lain sebagai Menteri Besar Selangor bagi membolehkan DAP dan PKR terus menyertai kerajaan pakatan pembangkang di Selangor.

* Pas disingkirkan atau keluar daripada pakatan pembangkang yang boleh meruntuhkan kerjasama mereka. Buat masa ini, DAP dan PKR akan cuba mengelakkan Pas keluar pakatan pembangkang.

Persoalan 2: Apakah Abdul Khalid akan menyertai Pas?

* Kemungkinan itu tinggi kerana beliau perlu menyertai sebuah parti politik jika ingin kekal lama sebagai Menteri Besar Selangor. Abdul Khalid tidak mungkin mampu bertahan lama jika terus menjadi wakil rakyat Bebas kerana ia aneh dari segi politik dan undang-undang.

* Jika keadaan itu berlaku, apakah Pas akan terus bersetuju membentuk kerajaan negeri di Selangor dengan Abdul Khalid sebagai menteri besar dan disokong oleh Barisan Nasional (BN). Isu kerajaan campuran tidak timbul pada tahap ini.

Persoalan 3: Apakah akan berlaku undi tidak percaya kepada Abdul Khalid?

* Kemungkinan itu boleh berlaku namun apakah pihak yang menentang beliau berani dan yakin untuk melakukannya.

* Undi tidak percaya boleh dilakukan tanpa memanggil atau menunggu sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana ia boleh dilakukan dengan mengemukakan bukti bertulis yang menunjukkan menteri besar hilang sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

* Jika Sultan Selangor yakin dan berkenan, baginda boleh memanggil Abdul Khalid untuk tindakan seterusnya. Undi tidak percaya juga boleh diusulkan dalam persidangan DUN Selangor.

Persoalan 4: Apakah DUN Selangor akan dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri?

* Pada masa ini pakatan pembangkang kelihatan cuba mengelakkan pembubaran DUN Selangor kerana memikirkan kesan terhadap mereka dan apa reaksi rakyat ekoran kemelut perebutan jawatan Menteri Besar Selangor itu.

* Bagaimanapun ia merupakan jalan terakhir yang perlu diambil jika tiada penyelesaian konkrit dalam krisis berkenaan dengan memulangkan semula kuasa memilih kerajaan negeri kepada rakyat.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140814/po_12/Isu-MB-Selangor-Pelbagai-persoalan-lagi-belum-terjawab#ixzz3ARcUdeEF  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: