Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 19 August 2014

POLITIK : Pas kekal senarai dua nama

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my

Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama Abdul Hadi Awang sebelum mengadakan sidang akhbar di Kota Bharu, semalam.

KOTA BHARU 18 Ogos - Pas mengekalkan keputusan mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu menyenaraikan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya, Azmin Ali bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor - satu langkah yang dilihat akan mencetuskan polemik terbaharu dalam pakatan pembangkang.

Pendirian terbaharu Pas itu sudah pasti akan menimbulkan perasaan kurang senang sekutunya PKR dan DAP yang beberapa jam selepas mesyuarat semalam memutuskan pakatan pembangkang hanya akan mencalonkan Wan Azizah sahaja bagi tujuan tersebut memandangkan Azmin menolak nama beliau disenaraikan.

Bagaimanapun Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam sidang akhbar di sini hari ini selepas mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, Azmin tidak menarik diri daripada disenaraikan sebagai Menteri Besar Selangor sepertimana diusulkan oleh parti tersebut.

Malah tegas Abdul Hadi, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat juga tidak menolak pencalonan Azmin sekiranya diperkenankan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Itu tak betul (kenyataan pakatan pembangkang hanya menyenaraikan satu nama), saya ada kenyataan daripada pakatan pembangkang semalam. Azmin bukan menarik diri, nama masih lagi dua orang, tetapi dia menghormati keputusan parti dia mendahului nama Wan Azizah untuk diserahkan kepada sultan, ditakdirkan kalau Wan Azizah ditolak maka dia (ganti).

"Itu hak Sultan, terpulang kepada Sultan, itu bukan hak kita (untuk tentukan siapa Menteri Besar)," katanya dalam sidang akhbar yang turut dihadiri oleh Nik Abdul Aziz dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.

Kedua-dua pemimpin kanan Pas Pusat itu mengadakan pertemuan dengan Nik Abdul Aziz untuk menjelaskan keputusan Jawatankuasa Pas Pusat yang menyenaraikan Wan Azizah dan Azmin sebagai Menteri Besar Selangor.

Pertemuan itu ekoran daripada keputusan yang bercanggah dengan Majlis Syura Ulama yang sebelum ini mempertahankan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor selagi tidak dibuktikan beliau bersalah menyeleweng dalam pentadbiran.

Keputusan Jawatankuasa Pas Pusat itu menimbulkan persepsi dalam kalangan rakyat bahawa parti tersebut tunduk kepada sekutunya, DAP dan PKR setiap kali masalah timbul dalam pakatan pembangkang.

Abdul Hadi berkata, beliau tidak mahu melayan persepsi yang wujud berikutan keputusan tersebut biarpun ramai yang melihat ia akan menjejaskan sokongan rakyat terhadap parti itu.

"Saya tak boleh buat kenyataan berkaitan persepsi, ia satu andaian, Khalid sedar apa yang berlaku, persepsi tidak semestinya. Saya memberi nasihat kepada Khalid seecara bersemuka dan bukannya melalui media," katanya.

Ketika ditanya adakah Pas menolak Wan Azizah kerana jantinanya atau nepostime dalam PKR, Abdul Hadi berkata:

"Itu tidak timbul, semua parti berhak mencalonkan siapa yang dia nak calon, dan kita juga berhak untuk mencalonkan siapa yang kita mahu," katanya.

Sementara itu, Mustafa berkata, Pas bersedia berhadapan dengan pilihan raya negeri sekiranya Sultan Selangor membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menyelesaikan kemelut itu.

"Bubar dewan hak Tuanku jangan campur, kalau Tuanku rasa itu keadaannya, kita terima realiti, tetapi kita mengharapkan tidak berlaku," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140819/po_01/Pas-kekal-senarai-dua-nama#ixzz3Ao73hIXy  © Utusan Melayu (M) Bhd 




No comments: