Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 25 August 2014

MH17 : Sultan Nazrin beri penghormatan mangsa tragedi di LTSAS


SULTAN Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat menyampaikan ucapan takziah kepada ahli keluarga pramugari MH17, mendiang Chong Yee Pheng yang tiba di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh, semalam. Turut kelihatan Dr. Zambry Abd. Kadir (dua dari kanan). - BERNAMA

IPOH 22 Ogos - Ketibaan dua jenazah mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini pada pukul 12.12 tengah hari ini yang menaiki pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) C130 mengakhiri penantian selama ini.

Jenazah penumpang, Noor Rahimmah Mohd. Nor dan mayat pramugari, Chong Yee Pheng yang diterbangkan dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA); mengambil masa kira-kira 45 minit untuk tiba di sini.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang berkenan berangkat untuk memberi penghormatan terakhir, sempat menyedekahkan surah al Fatihah serta bertafakur selama seminit.

Selain itu, baginda turut menzahirkan takziah kepada keluarga mangsa yang mengiringi jenazah.

Turut berangkat sama ialah Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah serta diiringi oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri S.K. Devamany serta beberapa exco kerajaan negeri.

Hadir sama Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria serta beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) melibatkan kerajaan serta pembangkang.

Cuaca panas terik pada tengah hari tidak menghalang ratusan orang ramai berdiri di luar pagar LTSAS untuk menyaksikan dari jauh istiadat penuh bersejarah itu.

Terdahulu, Sultan Nazrin bersama tetamu kenamaan berkenan masuk ke dalam pesawat tersebut untuk menziarahi jenazah dan mayat serta waris mangsa.

Baginda kemudiannya menyaksikan keranda berisi mayat Chong Yee Pheng dikeluarkan daripada pesawat sebelum diusung oleh anggota tentera Markas 2 Briged ke dalam van jenazah.

Langkah sama kemudiannya disusuli dengan pengusungan jenazah Noor Rahimmah sebelum majlis berhenti seketika untuk memberi laluan bertafakur selama seminit.

Noor Rahimmah, 67, yang meninggalkan seorang suami dan sepasang anak, dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Masjid Lama, Tambun.

Mendiang Yee Pheng dari Taman Pertama di sini pula bakal disemadikan di Paradise Memorial Park, Tanjung Rambutan, Ahad ini.

Sementara itu, Ketua Staf Markas 2 Briged, Leftenan Kolonel Robaie Muhammad berkata, seramai 63 anggota tentera itu telah ditugaskan untuk menguruskan jenazah dan mayat mengikut istiadat ketenteraan yang pertama kali dikelolakan ke atas orang awam.

"Selain itu, sekumpulan 12 anggota dari Batalion Ke-9 Rejimen Renjer Diraja (RRD) pula ditugaskan menguruskan istiadat pengebumian jenazah Azrina Yakob yang diterbangkan terus ke Lapangan Terbang Tekah, Assam Kumbang di Taiping dari Kompleks Bunga Raya, KLIA.

"Pada keseluruhannya, majlis berjalan lancar dan kita telah menjalankan beberapa kali latihan iaitu sejak pukul 9 pagi hingga 4 petang, semalam," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140823/dn_06/Sultan-Nazrin-beri-penghormatan-mangsa-tragedi-di-LTSAS#ixzz3BMhLC8Z0  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: