Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 22 August 2014

SUKAN ASIA 2014 : Undian awal legakan Malaysia

Oleh Abdul Hafiz Ahmad
sukan@utusan.com.my

SKUAD sepak takraw negara menerima undian awal yang melegakan pada Sukan Asia di Incheon, bulan depan apabila hanya berdepan China dan Indonesia di peringkat kumpulan.

KUALA LUMPUR - Skuad elit sepak takraw negara mendapat laluan yang melegakan, terutama bagi acara berpasukan lelaki apabila pada peringkat awal akan bersaing dengan China dan Indonesia yang diundi bersama dalam Kumpulan B, Sukan Asia Incheon, bulan depan.

Anak buah Jamaluddin Hassan akan hanya bermain dua kali dan mendapat lebih rehat berbanding musuh tradisi, Thailand dalam Kumpulan A yang turut diisi oleh Jepun, India dan tuan rumah Korea Selatan.

Malaysia perlu menjuarai Kumpulan B dengan mengatasi pencabar terdekat, Indonesia bagi mengelak bertemu Thailand, yang dijangka menjuarai Kumpulan A pada separuh akhir.

Namun tuan rumah, yang menyekat Malaysia dalam separuh akhir berpasukan Piala Raja Thai baru-baru ini, bakal kembali sebagai ujian terbesar dalam acara antara regu apabila masing-masing diundi ke dalam Kumpulan B bersama-sama Nepal, India dan Brunei.

Malaysia, pemenang pingat perak berpasukan dan antara regu Sukan Asia Guangzhou 2010 diasingkan lebih awal dengan juara bertahan sejak 1998, Thailand dalam majlis undian sukan berpasukan di Incheon semalam.

Seperti empat tahun lalu, Persatuan Sepaktakraw (PSM) tidak menghantar pasukan untuk acara beregu lelaki sejajar dengan arahan Persekutuan Sepaktakraw Asia (Astaf) bahawa setiap negara peserta, kecuali tuan rumah, hanya boleh menyertai dua daripada tiga acara yang dipertandingkan.

Skuad wanita Malaysia pula, yang membatalkan penyertaan dalam acara berpasukan untuk beralih kepada beregu, berdepan laluan getir untuk melepasi Kumpulan B antara regu yang mengandungi juara bertahan Thailand, tuan rumah dan Jepun.

Namun jika menilai pencapaian Siri Super Istaf sejak 2011, anak buah Md. Fikri Md. Nor ini pernah mengejutkan Korea Selatan dan Jepun beberapa kali apabila perlawanan diheret ke set penentuan.

Bagi acara beregu, kehadiran Myanmar dan Vietnam yang sentiasa menguasai empat kedudukan teratas Sukan Asia mahupun Sukan SEA, turut menyulitkan wanita kita dalam Kumpulan B untuk memburu sekurang-kurangnya sebutir gangsa pada penampilan sulung di pentas setinggi ini.

"Satu undian yang adil bagi Malaysia namun perlu menjuarai kumpulan.

"Jika menilai prestasi Piala Raja Thai, baru-baru ini, peluang kita tetap ada jika bertemu Korea Selatan dalam separuh akhir.

"Apa pun, jangan sesekali memperkecilkan Indonesia dan China. Kita juga kena tumpu satu persatu perlawanan sebelum memikirkan peluang pada separuh akhir," kata Jamaluddin.

Untuk acara antara regu, Jamaluddin berkata, seperti acara berpasukan, matlamat pertama ialah menjuarai Kumpulan B dan berharap untuk berjumpa Myanmar di separuh akhir kerana peluang lebih cerah untuk ke perlawanan akhir.

"Kita banyak bergantung kepada tekong, jika servis menjadi dan mengutip mata mudah serta mematahkan pula servis lawan, peluang menang akan semakin tinggi," katanya lagi.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140822/su_04/Undian-awal-legakan-Malaysia#ixzz3B52KASHR  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: