Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 20 August 2014

POLITIK : Pas Selangor sedia calonkan nama pemimpin - AGAK2 U TURN TAK?



SHAH ALAM 19 Ogos - Pas negeri bersedia mencalonkan nama para pemimpinnya sebagai Menteri Besar sekiranya Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan parti itu berbuat demikian.

Setiausaha Pas negeri, Mohd. Kharuddin Othman (gambar) berkata, walaupun pihaknya akur dengan keputusan Jawatankuasa Pas Pusat pada Ahad lalu, hal itu tetap tertakluk kepada keputusan baginda sama ada mahu memberi perkenan atau sebaliknya.

Bagaimanapun, katanya, Pas Selangor akan merujuk terlebih dahulu kepada kepimpinan Pas Pusat sekiranya perkara berkenaan berbangkit.

"Jika senario itu berlaku, maka kita akan serahkan kepada Pas Pusat untuk membuat keputusan menentukan siapa pemimpin dari parti kita yang layak (menjadi Menteri Besar).

"Buat masa ini kita ikut dan akur dengan keputusan Jawatankuasa Pas Pusat untuk mencalonkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Azmin Ali.

"Maka, terpulang kepada Pas Pusat untuk memutuskan perkara itu sekiranya baginda menitahkan sedemikian," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ahad lalu, Jawatankuasa Pas Pusat mencalonkan Azmin bersama-sama Wan Azizah bagi jawatan Menteri Besar bagi menggantikan penyandangnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun, Azmin pada hari yang sama, menolak pencalonannya selain akur dengan keputusan pakatan pembangkang yang mahukan Wan Azizah menduduki jawatan itu.

Pada Jun lalu, kemelut jawatan Menteri Besar menyaksikan desas-desus Pas Selangor akan meletakkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka untuk menduduki jawatan itu antaranya ADUN Cempaka yang juga Pesuruhjaya Pas negeri, Iskandar Abdul Samad; ADUN Sijangkang merangkap Bendahari Pas negeri, Dr. Ahmad Yunus Hairi dan ADUN Tanjung Sepat, Mohd. Haslin Hassan.

Dalam pada itu, Khairuddin ketika ditanya reaksi akar umbi Pas Selangor susulan keputusan Jawatankuasa Pas Pusat yang mencalonkan Wan Azizah dan Azmin sebagai Menteri Besar berkata, beliau yakin semua ahli termasuk Yang Dipertua Pas kawasan di seluruh negeri ini akur dengan keputusan berkenaan.

"Tidak ada bantahan (peringkat akar umbi) yang diterima kepimpinan Pas negeri," ujarnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140820/po_04/Pas-Selangor-sedia-calonkan-nama-pemimpin#ixzz3AtzByuG0  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: