Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 19 August 2014

POLITIK : Fahami dahulu undang-undang - Sallehen

Oleh ABDUL YAZID ALIAS
dan FAZRINA AYU RADUIAN
pengarang@utusan.com.my

SALLEHEN Mukhyi menjawab soalan pemberita di pintu lobi bangunan SUK di Shah Alam, semalam. - UTUSAN/Mohd. Shaharani Saibi

SHAH ALAM 15 Ogos - Semua pihak dinasihatkan memahami proses undang-undang terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan mendesak sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tergempar diadakan bagi membolehkan undi tidak percaya dibuat terhadap Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa negeri, Sallehen Mukhyi berkata, untuk mengadakan sidang berkenaan, Abdul Khalid perlu menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi mengemukakan pandangan mengenai perkara itu dan seterusnya mendapatkan perkenan baginda.

"Abdul Khalid kalau nak adakan sidang DUN tergempar, beliau perlu membawa kepada Sultan Selangor. Kalau baginda tidak berkenan sidang DUN tergempar itu diadakan, maka perlu tunggu (ikut jadual sidang DUN sedia ada).

"Buat masa ini, sidang DUN akan berjalan mengikut jadual dan tiada perbincangan dengan Menteri Besar (mahu adakan sidang DUN tergempar)," katanya kepada pemberita di lobi Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Semalam, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mendakwa mendapat sokongan 30 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi membolehkan beliau menyingkirkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.

Turut menyokong ialah dua Ali Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas iaitu Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang).

Dalam perkembangan berkaitan, Sallehen yang juga ADUN Sabak menjelaskan, sokongan yang diberikannya dan tiga lagi Exco Pas supaya Abdul Khalid kekal sebagai Menteri Besar adalah selaras dengan arahan parti yang diwakilinya.

"Kita akan berikan sokongan (kepada Abdul Khalid) atas arahan parti. Kita akan teruskan sokongan, boleh jadi selama habis penggal sehinggalah parti mahu kita hentikan sokongan tersebut.

"Bagi kita, Abdul Khalid bukan faktor kita berikan sokongan sebaliknya parti minta kita terus bekerja. Namun, perkara itu bergantung kepada keputusan Jawatankuasa Pas Pusat pada 17 Ogos ini," ujarnya.

Ditanya mengenai dua ADUN Pas yang menyokong Wan Azizah, Sallehen yang juga Timbalan Pesuruhjaya I Pas negeri memberitahu, pihaknya menyerahkan kepada Lembaga Disiplin Pas Pusat untuk menentukan kedudukan mereka.

"Bagaimanapun, tindakan mereka itu tidak ada kesan kepada Exco Pas lain. Cuma kalau perlu undi tidak percaya, boleh dibuat dalam sidang DUN akan datang.

"Kalau Abdul Khalid terbuka jiwa mahu bubarkan DUN, beliau boleh dapatkan perkenan Sultan Selangor," ujarnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140816/po_04/Fahami-dahulu-undang-undang---Sallehen#ixzz3AnXXz5pc  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: