Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 25 August 2014

MH17 : Hujan renyai iringi pengebumian Noor Rahimmah


HYPO-LITONER (kiri) dan Anne Rahimmah Tournier memberi penghormatan terakhir terhadap jenazah Noor Rahimmah Mohd.Nor di Kampung Melayu Rizab, Tambun, Perak, semalam. Turut kelihatan ahmad Husni Mohamad Hanadzlah (dua dari kanan). - UTUSAN/NUR HAFEZA KAMARUDDIN

IPOH 22 Ogos - Hujan renyai mengiringi pemergian jenazah mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, Noor Rahimmah Mohd. Nor yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Lama, Tambun dekat sini.

Hujan renyai yang turun selepas jenazah Noor Rahimah dikebumikan pada kira-kira pukul 3.10 petang itu menambahkan suasana pilu dalam kalangan mereka yang hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah.

Terdahulu, jenazah Noor Rahimmah (gambar) yang pernah bertugas di Pejabat Kedutaan Malaysia di Jerman dan Switzerland tiba di kediaman keluarganya di Kampung Melayu Rizab, Tambun pada pukul 12.55 tengah hari dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS).

Ketibaan jenazah yang diiringi oleh suami, Hypo-Litoner, 70, serta anak perempuannya, Anne Rahimmah Tournier, 29, disambut oleh ahli-ahli keluarga dan saudara maranya.

Sebelum dikebumikan, jenazah Noor Rahimmah disembahyangkan sebanyak tiga kali iaitu di rumah keluarganya dan selepas solat Jumaat di Masjid al-Amin serta Masjid al-Ihtidayyah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abidin memimpin sembahyang jenazah di rumah keluarga Allahyarhamah, manakala Imam Besar Masjid Negeri, Abd. Farid Salleh pula di kedua-dua masjid berkenaan.

Yang turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah ialah Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah dan ADUN Hulu Kinta, Datuk Aminuddin Md. Hanafiah.

Anne Rahimmah yang ditemui selepas selesai pengebumian Allahyarhamah ibunya berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menguruskan upacara berkenaan.

Anne Rahimmah memberitahu, dia serta ahli keluarga bersyukur kerana pengebumian Allahyarhamah ibunya berjalan dengan lancar.

"Terima kasih juga kepada kerajaan Malaysia kerana banyak membantu menguruskan jenazah ibu saya," katanya.

Ditanya mengapa adik lelakinya, Johan Hippolyte Tournier, 26, tidak hadir sama, Anne Rahimmah memberitahu bahawa adiknya itu sangat sedih dan tidak dapat menerima hakikat ibu mereka telah tiada.

Dalam pada itu, adik kepada Allahyarhamah Noor Rahimmah, Noorlin Mohd. Nor memberitahu, memang menjadi hasrat arwah kakaknya untuk dikebumikan di tempat kelahirannya iaitu Tambun apabila meninggal dunia.

"Meskipun sedih, tetapi kami gembira kerana akhirnya jenazah kakak dapat dikebumikan dengan sempurna," jelasnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140823/dn_18/Hujan-renyai-iringi-pengebumian-Noor-Rahimmah#ixzz3BN3b1tZy  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: