Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 19 August 2014

POLITIK : Tunggu penjelasan Hadi




KOTA BHARU 17 Ogos - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) akan mendapatkan penjelasan daripada Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai keputusan yang dibuat parti itu berhubung krisis politik Menteri Besar Selangor.

Beliau berkata, Presiden Pas itu akan mengadakan pertemuan dengannya di pejabatnya di Institut Pemikiran Tok Guru di Kota Darulnaim pada pagi esok.

"Beliau (Abdul Hadi) akan jumpa (saya) di pejabat, esok saya baru boleh buat kenyataan, saya perlu dengar daripada dia.

"Saya tidak boleh sebut (komen) selagi presiden tidak memberi penjelasan kepada saya.

"Saya tidak mahu ajar penyokong Pas banyak mulut dan panjang lidah tidak tentu pasal, begitu, begini, akhir sekali masalah semakin rumit," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya, di sini hari ini.

Pas hari ini mengemukakan nama Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

Tindakan tersebut bertentangan dengan keputusan Majlis Syura Ulama yang diketuai oleh Nik Abdul Aziz yang memberi sokongan penuh kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

Nik Abdul Aziz yang juga bekas Menteri Besar berkata, beliau bersyukur kerana tidak ada pemimpin Pas dari negeri itu yang mengeluarkan kenyataan secara membuta tuli.

"Di samping itu saya bersyukur kepada Allah kerana pemimpin Pas Kelantan tidak banyak mulut dalam hal ini, Pas Kelantan lebih berpengalaman dalam perbalahan yang dibuat oleh orang politik.

"Berdoa kepada Allah mudah-mudahan pakatan (pembangkang) kekal, kerana Islam agama tauhid, menyatu, berpakat dan bersama, itu ajaran Islam," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140818/po_05/Tunggu-penjelasan-Hadi#ixzz3AnycOWLG  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: