Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 19 August 2014

POLITIK : Khalid masih sah Menteri Besar Selangor - Peguam


Edmund Bon

KUALA LUMPUR 15 Ogos - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih Menteri Besar Selangor sehingga satu undi tidak percaya diadakan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu.

Peguam Abdul Khalid, Edmund Bon berkata, berdasarkan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor, anak guamnya itu kekal memegang jawatan itu kerana telah mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Sultan Selangor telah memberi perkenan kepada beliau untuk terus menjadi menteri besar. Jadi tiada apa-apa perubahan dari segi itu.

"Sebarang perubahan tertakluk kepada perkenan Sultan Selangor. Selagi tiada undi tidak percaya dalam DUN, Abdul Khalid masih Menteri Besar," katanya ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri mTouche Technology Bhd. (mTouche) di sini hari ini.

Bon berkata, meskipun Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mendakwa mendapat sokongan 30 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu bagi membolehkan beliau menyingkirkan Abdul Khalid, namun perkara itu boleh diragui.

Katanya, dari segi sejarah melibatkan krisis politik di Perak dan Sabah, sudah ada pengajaran bahawa surat akaun bersumpah lazimnya boleh ditandatangani tetapi akhirnya wujud keraguan dari segi kebenaran ia dilakukan.

"Politik di Malaysia berubah-rubah. Surat akuan bersumpah merupakan satu publisiti untuk memberi tekanan kepada rakyat. Ini tidak seharusnya dikelirukan dengan apa dinyatakan dalam udang-undang," katanya.

Menurut Bon, dalam kes Mahkamah Persekutuan melibatkan Nizar lawan Zambry pada 2010, terdapat dua perkara penting iaitu undi tidak percaya dalam DUN dan permohonan perbincangan atau mesyuarat dengan Sultan untuk menunjukkan undi majoriti.

"Namun dalam kes di Selangor, kedua-duanya belum berlaku. Walaupun ada surat akaun bersumpah namun bagi anak guam saya, Pas masih belum membuat keputusan muktamad," katanya yang mewakili bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dalam kes berkenaan.

Tambahnya, bebanan kini tertakluk kepada PKR dan DAP untuk memohon satu persidangan DUN tergempar diadakan.

"Speaker DUN Selangor adalah dari DAP. Beliau boleh cuba memanggil satu persidangan tergempar, anak guam saya menunggunya.

"Jika ada undi majoriti, mereka perlu menunjukkan di DUN. Itu yang paling penting dengan pengundian secara mengangkat tangan," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140816/po_09/Khalid-masih-sah-Menteri-Besar-Selangor---Peguam#ixzz3AnbFrL43  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: