Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 20 August 2014

POLITIK : Abdul Khalid minta maaf :


Abdul Khalid Ibrahim hadir di pejabatnya di Bangunan SUK Negeri Selangor di Shah Alam, semalam. - BERNAMA

SHAH ALAM 19 Ogos - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini meminta maaf kepada rakyat Selangor berikutan krisis politik yang berlaku di negeri itu berikutan usaha menyingkirkan beliau sebagai Menteri Besar.

Beliau mengemukakan permohonan maaf tersebut ketika berucap merasmikan program persidangan integriti anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di sini.

Sambil merujuk kepada peserta persidangan yang turut terkena 'tempias' perhatian pihak media kepada beliau, Menteri Besar Selangor itu berkata: "Bagi saya, ia (perhatian pihak media) tidak mengapa kerana saya telah memutuskan untuk menjadi seorang ahli politik. Jadi, saya terpaksa menerimanya."

"Bagi anda, saya minta maaf kerana turut menerima tempias perhatian. Ini juga kita boleh katakan harga sebuah integriti," katanya.

Dalam ucapan itu, Abdul Khalid menyentuh pentingnya sebuah kerajaan negeri menjaga amanah dan kepercayaan diberi oleh rakyat dengan memetik sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari bermaksud;

"Rasulullah SAW bersabda: "Di saat amanah tidak lagi dipegang teguh, maka tunggulah saat kehancuran." Lalu sahabat bertanya: "Bagaimana orang tidak berpegang teguh kepada amanah itu, ya Rasulullah?". Baginda menjawab: "Sekiranya sesuatu urusan itu diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran"."

Tindakan Abdul Khalid memetik hadis itu dilihat merujuk kepada tindakan PKR yang sanggup memecat beliau daripada parti tersebut semata-mata keengganannya meletakkan jawatan Menteri Besar bagi memberi laluan kepada Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menggantikannya.

Bagaimanapun, Abdul Khalid yang tidak menghadiri sebarang program sejak Khamis lalu tidak memberi sebarang kenyataan kepada wartawan selepas majlis tersebut.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140820/po_01/Abdul-Khalid-minta-maaf#ixzz3AtMyFLSm  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: