Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday, 19 August 2014

Kerajaan jamin teruskan usaha mencari pesawat MH370


Hishammuddin Tun Hussein (kiri) bersalam dengan anggota tentera yang menderma darah sempena Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Tanjong Piai di Dewan Kolej Matrikulasi Teknikal Johor di Tanjong Piai Pontian, semalam. - MINGGUAN/Baazlan Ibrahim

PONTIAN 16 Ogos - Kerajaan memberi jaminan bahawa usaha mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak lima bulan lalu akan terus dijalankan walaupun tumpuan negara dan dunia kini terarah kepada tragedi MH17.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau akan berkunjung ke Perth, Australia pada hujung bulan ini untuk memastikan usaha pencarian itu berjalan lancar.

"Kunjungan ke Australia itu sebagai satu isyarat kepada semua khususnya keluarga penumpang dan individu terlibat bahawa kerajaan tidak meminggirkan mereka pada ketika ini.

"Selain itu, kunjungan tersebut juga bertujuan memberi semangat kepada pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kita yang ketika ini masih berada di sana," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanjong Piai di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua UMNO Bahagian, Datuk Md. Othman Yusof; timbalannya, Datuk Jefridin Atan dan naib ketuanya, Suhaimi Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukup.

Hishammuddin berkata, pasukan SAR MH370 merupakan pasukan mencari terbaik di dunia kerana disertai pakar dalam pelbagai bidang dari serata dunia.

"Kita mempunyai pakar dalam bidang risikan, pencarian laut dalam, jenayah, penerbangan dan lain-lain kepakaran.

"Namun sehingga kini lokasi tepat pesawat tersebut belum dapat dikenal pasti dan pencarian akan diteruskan sehingga kita berjaya menemuinya," katanya.

Sementara itu, beliau juga memberitahu segala persediaan untuk menyambut ketibaan 16 jenazah penumpang MH17 dari Amsterdam, Belanda pada 22 Ogos ini berjalan lancar.

"Kerajaan menyediakan lima buah helikopter Nuri dan dua pesawat Charlie (C-130 Hercules) untuk urusan pengangkutan.

"Dua jenazah dari negeri ini akan diterbangkan ke Pagoh, Muar dan Segamat untuk urusan pengebumian," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140817/dn_01/Kerajaan-jamin-teruskan-usaha-mencari-pesawat-MH370#ixzz3AneShkRy  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: