Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 19 August 2014

POLITIK : Khalid akan menghadap Sultan



SHAH ALAM 17 Ogos - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan memohon menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi mendapatkan nasihat tentang kedudukannya sebagai Menteri Besar selepas Pas menarik balik sokongan terhadapnya.

Abdul Khalid bagaimanapun berkata, beliau akan meneruskan pentadbiran kerajaan negeri bersama empat Exco Pas sehinggalah Sultan membuat keputusan muktamad.

Katanya, ini penting bagi memastikan rakyat tidak terkesan dengan krisis politik itu.

"Dengan perkembangan terbaharu ini, saya akan memohon menghadap Sultan untuk mendapatkan nasihat tentang langkah-langkah seterusnya yang perlu diambil.

"Saya juga menerima dengan hati terbuka keputusan Pas tentang status Menteri Besar dan barisan Exco kerajaan negeri," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pas hari ini menarik balik sokongan terhadap Abdul Khalid dan menyokong pencalonan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

Pendirian itu diumumkan oleh Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu dalam sidang akhbar hari ini selepas Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140818/po_06/Khalid-akan-menghadap-Sultan#ixzz3AnzMRcfe  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: