Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 25 August 2014

MH17 : Kecewa namun tidak simpan dendam

Oleh AQILAH MIOR KAMARULBAID
pengarang@utusan.com.my


NURDIYANA Yazeera Yazli anak kepada Dora Shahila Kassim menabur bunga di pusara ibunya setelah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, Damansara, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/ SYEFRY MONIZ

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Ibu kepada salah seorang anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, Dora Shahila Kassim yang jenazahnya tiba untuk dikebumikan hari ini melahirkan rasa kecewa dan marah terhadap pelaku yang menembak jatuh pesawat itu sehingga mengorbankan semua penumpang dan anak kapal pada 17 Julai lalu.

"Rasa sakit hati, kecewa dan marah itu masih ada kepada pelaku yang menembak jatuh pesawat tersebut namun saya reda dengan kejadian itu dan sedikit pun tidak menyimpan dendam," kata Hasnah Mohd. Yusuf, 71.

Menurut Hasnah, kejadian yang menimpa anak perempuannya itu dianggap sebagai ketentuan Ilahi dan sebagai umat Islam, dia reda serta menerimanya sebagai ujian Allah SWT.

Dia yang ditemui selepas pengebumian jenazah Allahyarham Dora Shahila, 47, di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini turut berterima kasih kepada kerajaan Malaysia yang sentiasa prihatin dan melakukan yang terbaik untuk membawa pulang jenazah.

Terdahulu, jenazah Allahyarham tiba di pekarangan Masjid Al-Taqwa di Taman Tun Dr. Ismail pada pukul 12.49 tengah hari dan diadakan bacaan surah Yasin oleh 10 pelajar tahfiz Institut al-Quran Taman Tun Dr. Ismail.

Kira-kira 3,000 orang menunaikan solat jenazah yang diimamkan oleh Imam Satu Masjid Al-Taqwa, Mohd. Ghazali Mohamed Nor.

Jenazah Allahyarham Dora Shahila diiringi seramai 17 anggota Bahagian Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta diusung oleh lapan anggota jabatan berkenaan dan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara disaksikan lebih 500 orang yang terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan Allahyarham.

Seramai 30 guru, rakan sekelas dan kenalan rapat anak tunggal Dora, Nurdiyana Yazeera Yazli, 15, dari Kolej Tunku Kurshiah, Bandar Enstek, Negeri Sembilan turut hadir untuk memberi penghormatan terakhir.

Menurut Nurdiyana Yazeera, ahli keluarga tidak bercadang menuntut barangan milik arwah ibunya walaupun diberi peluang berbuat demikian.

"Jika boleh, kami tidak mahu ke Amsterdam untuk menuntut barangan milik arwah. Bagi kami perkara terpenting adalah mengebumikan ibu di sini. Itu sahaja," katanya.

Sementara itu abang Dora Shahila, Don Shahidan, 48, berkata, Nurdiyana Yazeera akan dipelihara oleh keluarga mereka.

"Buat masa ini, Nurdiyana akan dijaga oleh neneknya dan ahli keluarga yang lain. Kami akan mengambil alih menjaganya sebaik mungkin dan berjanji akan melaksanakan tanggungjawab tersebut untuk membesarkan harta paling berharga buat arwah," katanya.

Adik kepada ketua pramugari itu, Darlina Kwan, 35 memberitahu, emosi anak tunggal Dora bercampur baur.

"Walaupun Nurdiyana teruja dan gembira kerana jenazah arwah ibunya dibawa pulang ke tanah air namun pada masa yang sama dia bersedih dengan kejadian ini. Alhamdulillah, kami lega kerana jenazah arwah akhirnya dapat dikebumikan di Malaysia," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140823/dn_17/Kecewa-namun-tidak-simpan-dendam#ixzz3BN2TTg8q  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: