Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 19 August 2014

POLITIK : Pas bakal hadapi tentangan - YANG BERCAKAP TU SOKONG SIAPA?

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
rodelio.taucan@utusan.com.my



KUALA LUMPUR 15 Ogos - Usaha Pas untuk mempertahankan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam mesyuarat parti itu pada 17 Ogos ini dijangka mengalami kesukaran kerana bakal mendapat tentangan daripada pemimpin tertingginya sendiri.

Antara individu yang dijangka menentang usaha itu adalah Naib Presidennya, Datuk Husam Musa yang hari ini melalui surat terbuka kepada Abdul Khalid telah mengkritik pemimpin tersebut kerana masih mengekalkan jawatannya walaupun telah dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Husam mendakwa, keputusan Abdul Khalid adalah cubaan membabitkan Pas ke dalam survival politik beliau yang akan menjatuhkan nama parti itu di mata rakyat meskipun sebelum ini Majlis Syura Ulama telah menyatakan sokongan kepadanya.

"Beliau boleh mendapatkan simpati, perlindungan sementara dan sokongan Pas dalam lingkungan semangat pakatan rakyat. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah menghulurkan ranting zaitun untuk beliau. Episod itu sudah berlalu.

"Tan Sri (Abdul Khalid) sudah dipecat sebagai ahli PKR. Oleh kerana beliau belum diterima menjadi ahli mana-mana parti gabungan dan bukan mewakili pakatan rakyat lagi, Tan Sri sedar sepenuhnya hal ini?" soal Husam melalui surat itu yang disiarkan beberapa blog hari ini.

Selain pendirian Majlis Syura Ulama, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini telah menyatakan kesediaan parti itu menghadapi sebarang kemungkinan ekoran percanggahan pendapat dengan sekutunya dalam pakatan pembangkang.

Malah, Nik Abdul Aziz turut menegaskan keputusan Majlis Syura Ulama Pas untuk mempertahankan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor adalah muktamad biarpun DAP dan PKR berpendapat sebaliknya.

Sementara itu, menurut Husam, sebarang percaturan politik untuk membentuk kerajaan negeri Selangor melalui gabungan Pas, UMNO dan Abdul Khalid sendiri sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas sebagai tidak bermoral dan perbuatan terkutuk yang ditolak amalan demokrasi.

Husam turut mempersoalkan keputusan Abdul Khalid yang telah mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan mendakwa sebarang cubaan mendapat perkenan baginda bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan mencemarkan imej institusi diraja Selangor.

Selain itu, beliau turut memuji tindakan dua ADUN Pas Selangor yang menyatakan sokongan kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu kerana berjaya menggagalkan sebarang usaha pembentukan kerajaan gabungan.

"Tan Sri tahu ini. Lantas, apa lagi yang ditunggu? Tidakkah mulia untuk Tan Sri bermaruah melepaskan jawatan Menteri Besar? Atau Tan Sri berfikir untuk membubarkan DUN? Bukankah tindakan itu menyusahkan Sultan Selangor?

"Kenapa tidak pada tarikh Tan Sri menghadap Sultan Selangor baru-baru ini Tan Sri mencadangkan DUN dibubarkan? Jika kerana Tan Sri gagal mendapatkan cubaan bilangan ADUN dan Sultan Selangor mengambil langkah membubarkan DUN, pada hemat saya, akan mencemarkan institusi diraja," kata Husam.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140816/po_05/Pas-bakal-hadapi-tentangan#ixzz3AnYdQV64  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: