Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 19 August 2014

POLITIK : Bubar DUN: Tunggu nasihat Sultan - Khalid


ABDUL KHALID IBRAHIM

SHAH ALAM 15 Ogos - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menolak kemungkinan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai langkah menyelesaikan krisis kepemimpinan yang melanda negeri itu.

Bagaimanapun, beliau berkata segala keputusan akan diambil setelah beliau mendapat nasihat dan perkenan Sultan Selangor.

"Itu (semua keputusan termasuk bubar DUN) perlu dibincangkan dengan Sultan terlebih dahulu," katanya kepada pemberita dalam majlis tahlil dan doa selamat sempena ulang tahun ke-50 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Masjid Negeri di sini, malam ini.

Bagaimanapun, Abdul Khalid enggan mengulas ketika ditanya sama ada beliau berbincang dengan empat anggota Exco kerajaan negeri daripada PAS untuk membubarkan DUN pada November ini.

Dalam masa yang sama, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak membuat apa-apa keputusan atau pengumuman berkenaan jawatan Menteri Besar sehingga baginda pulang pada 27 Ogos ini.

Menurut Abdul Khalid, beliau telah berkomunikasi dengan baginda Sultan Selangor berhubung perkembangan terbaru politik di negeri ini termasuk sentimen dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor.

"Baginda telah menitahkan rasa puas hatinya bahawa saya mempunyai sokongan majoriti ADUN pada ketika saya menyembah taklimat pada 11 Ogos lalu.

"Justeru, saya menasihatkan kepada pihak-pihak yang berkenaan yang mendakwa saya telah mengelirukan Sultan Selangor supaya menulis terus kepada baginda untuk mendapatkan penjelasan," katanya dalam kenyataan di sini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140816/po_02/Bubar-DUN-Tunggu-nasihat-Sultan---Khalid#ixzz3AnTnKQAK  © Utusan Melayu (M) Bhd 



Bubar DUN pilihan terbaik?

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 15 Ogos - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilihat sukar untuk mengekalkan kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor berikutan perkembangan semasa yang menyaksikan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mendakwa mendapat sokongan 30 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, perkembangan itu memberikan Abdul Khalid tiga pilihan iaitu menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar.

Beliau berkata, peletakan jawatan itu membolehkan Sultan Selangor melantik Menteri Besar baharu daripada calon yang mendapat sokongan majoriti ADUN atau calon lain mengikut budi bicara baginda.

"Pilihan ini bagaimanapun mungkin tidak mampu menyelesaikan kemelut politik Selangor kerana apa sahaja boleh berlaku termasuk kemungkinan terdapat ADUN lompat parti sekali gus menyebabkan kemelut itu berlarutan dan berlaku ketidakstabilan politik negeri," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohamed Mustafa berkata, satu lagi pilihan adalah menerusi undi kepercayaan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, namun langkah itu dilihat tidak berapa relevan memandangkan Wan Azizah didakwa sudah mempunyai bukti bertulis yang menunjukkan Menteri Besar hilang sokongan majoriti ADUN.

Kata beliau, penyataan sokongan 30 ADUN berkenaan dengan menandatangani akuan bersumpah mengandungi pengakuan bahawa mereka hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan Abdul Khalid dilihat sudah memadai bagi perkara berkenaan.

Beliau berkata, pilihan terbaik Abdul Khalid adalah menggunakan hak beliau untuk menasihati Sultan Selangor membubarkan DUN bagi membolehkan rakyat memberi mandat baharu terhadap pentadbiran kerajaan negeri menerusi pilihan raya negeri.

"Lebih baik dalam krisis seperti ini Abdul Khalid memilih untuk membubarkan DUN atas perkenan Sultan Selangor kerana pilihan lain boleh menyebabkan krisis politik Selangor berterusan dan tidak stabil.

"Biarlah rakyat memberi mandat yang dapat memperlihatkan apakah kehendak sebenar mereka dalam kemelut ini berdasarkan perkembangan semasa sama ada mahu Wan Azizah dipilih menjadi Menteri Besar, pakatan pembangkang kekal memerintah Selangor atau sebaliknya," ujar beliau.

Mohamed Mustafa bagaimanapun berkata, meskipun Abdul Khalid boleh mencadangkan supaya DUN Selangor dibubarkan, namun keputusan itu terletak pada budi bicara Sultan Sharafuddin.

Sementara itu, penganalisis politik, Dr. Mohd. Azizuddin Mohd. Sani berkata, perkembangan yang berlaku dalam kemelut Menteri Besar Selangor mengakibatkan situasinya menjadi semakin rumit tanpa penyelesaian konkrit sehingga membimbangkan rakyat negeri itu.

Ini kerana kata Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) itu, kemelut berkenaan melibatkan banyak pihak termasuk parti politik, kemungkinan berlaku ADUN lompat parti dan pertimbangan keputusan yang pada akhirnya di tangan Sultan Selangor.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140816/po_03/Bubar-DUN-pilihan-terbaik#ixzz3AnUIOfh1  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: