Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 19 August 2014

POLITIK : Khalid menghadap sultan dalam masa terdekat


Abdul Khalid Ibrahim

SHAH ALAM 18 Ogos - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi membincangkan kedudukannya sekembalinya baginda ke tanah air dari luar negara dalam beberapa hari lagi.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, beliau menerima permohonan Abdul Khalid untuk menghadap baginda di luar negara bagi menjelaskan perkembangan semasa politik di negeri ini dan kedudukannya sebagai Menteri Besar.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan tarikh baginda akan berangkat pulang ke tanah air.

"Saya menerima permohonan Abdul Khalid untuk menghadap Sultan di luar negara tetapi Tuanku menitahkan supaya Abdul Khalid tunggu sehingga baginda pulang ke tanah air," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Abdul Khalid sebelum ini dilaporkan akan menghadap Sultan Selangor pada 27 Ogos ini.

Sementara itu, Abdul Khalid dalam kenyataannya memberitahu, beliau dan empat Exco akan menjalankan tugas seperti biasa bagi menjamin pentadbiran serta pengurusan negeri berjalan lancar dan baik.

"Saya menghormati dan akur nasihat Sultan Selangor supaya saya menghadap selepas baginda kembali ke tanah air.

"Saya menyeru semua pihak terutama pemimpin politik agar menghormati titah baginda dan menghindarkan diri daripada membuat kenyataan yang boleh mengundang tanggapan negatif terhadap Sultan Selangor," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140819/po_04/Khalid-menghadap-sultan-dalam-masa-terdekat#ixzz3AoFrTeHw  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: