Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 22 August 2014

#MH17 : Tafakur seminit penghormatan mangsa MH17 :


Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya, Abdul Manaf Mat mengimamkan solat jenazah sebahagian daripada mangsa tragedi pesawat MH17 di Rumah Mayat Monuta Ineeme, S-Gravanhage, Belanda sebelum diterbangkan ke Kuala Lumpur menggunakan pesawat khas Malaysia Airlines, semalam. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 21 Ogos - Semua saluran radio dan televisyen tempatan termasuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan mengumumkan masa bertafakur selama seminit antara pukul 10.45 pagi hingga 11.15 pagi esok di seluruh negara.

Menurut kenyataan akhbar Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan, tafakur itu dilakukan sempena Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi pesawat MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu.

"Bersempena istiadat penghormatan jenazah tragedi itu, tafakur selama satu minit serentak di seluruh negara pada Jumaat antara pukul 10.45 pagi hingga 11.15 pagi.

"Sepanjang masa tafakur itu, orang ramai dan pemandu kenderaan dinasihatkan supaya berhenti selama satu minit. Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, lokasi yang telah ditetapkan untuk tafakur ini adalah di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Jalan Raja," kata kenyataan itu.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140822/dn_06/Tafakur-seminit-penghormatan-mangsa-MH17#ixzz3B4tIhM5r  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: