Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 22 August 2014

SUKAN ASIA 2014 : Badminton berpasukan mampu raih pingat di Incheon

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
sukan@utusan.com.my

Rashid Sidek

KUALA LUMPUR - Laluan Malaysia untuk ke final dalam acara badminton berpasukan Sukan Asia di Incheon bulan depan cukup getir kerana dijangka berdepan pilihan pertama dan juara bertahan, China di separuh akhir.

Begitupun pasukan negara masih boleh menarik nafas lega kerana mereka tidak perlu berdepan gergasi Asia lain seperti Indonesia, Jepun, Korea Selatan, India, Thailand atau Taiwan di peringkat awal.

Itu bermakna, peluang untuk pulang sekurang-kurangnya bersamangat pingat gangsa masih cerah.

Melihat kepada undian di Incheon yang dikeluarkan penganjur Sukan Asia semalam, Malaysia dijangka tidak menghadapi masalah untuk ke separuh akhir, sekali gus menjamin sekurang-kurangnya gangsa dalam tangan.

Pasukan negara menerima bye di pusingan pertama dan berkemungkinan bertemu Macau atau Mongolia di suku akhir, sebelum berdepan China yang dijangka tidak mengalami masalah untuk menewaskan Maldives atau Hong Kong.

Pulang bersama gangsa menebus kegagalan di Guangzhou, China empat tahun lalu yang menyaksikan skuad negara tewas mengejut 2-3 kepada Thailand di suku akhir.

"Empat tahun lepas kita kalah kepada Thailand di suku akhir dan tidak membawa pulang sebarang pingat berpasukan, tetapi kali ini peluang lebih cerah untuk ke separuh akhir.

"Begitupun bertemu China di separuh akhir memang sukar.

"Mereka pasti nak bersihkan maruah selepas dimalukan pada Piala Thomas, jadi bukan senang untuk kalahkan mereka, apatah lagi negara itu memiliki pasukan yang seimbang," kata ketua jurulatih perseorangan lelaki, Rashid Sidek ketika dihubungi di Copenhagen semalam.

Undian wanita pula lebih sukar apabila Malaysia memulakan kempen dengan menentang pilihan pertama, China. Kedua-dua pasukan mendapat bye di pusingan pertama dan hanya akan bertemu di suku akhir.

Sekiranya pasukan wanita negara berjaya melakar kejutan dengan menewaskan China sekali pun, mereka bakal berdepan cabaran sukar di separuh akhir, bertemu Jepun atau Indonesia.

Persaingan bagi acara individu hanya akan diadakan selepas tamat saingan berpasukan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140822/su_05/Badminton-berpasukan-mampu-raih-pingat-di-Incheon#ixzz3B53Iwkwt  © Utusan Melayu (M) Bhd 






No comments: