Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 21 August 2014

PIALA MALAYSIA : Gergasi rebah di kaki The Cops

Oleh ISWAN SHAFIQ MAT ISA dan MUHAMMAD DAYNE AZMIN
sukan@utusan.com.my

PERTAHANAN PDRM, Mohammad Muslim Ahmad menanduk bola sambil cuba dihalang pemain selangor, Abdul Hadi Yahya dalam perlawanan Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, malam tadi. - Utusan/Mohd. Shaharani Saibi

KUALA LUMPUR - Kejutan besar berlaku di Stadium Shah Alam semalam apabila juara Liga Perdana, PDRM menumbangkan naib juara Liga Super, Selangor 2-0 dengan dua pemain import, Ali Ashfaq dan Charles Souza Chad menjadi wira The Cops pada aksi Piala Malaysia, Kumpulan D.

Bertambah malang buat skuad kendalian Mehmet Durakovic apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain sepanjang 76 minit selepas kapten, Bunyamin Umar dibuang padang kerana menjatuhkan Ashfaq dalam kotak penalti.

Situasi itu menjadi punca jaringan sulung skuad bimbingan Azman Adnan dengan bintang import Maldives, Ashfaq mudah menyempurnakan penalti yang diberi pada minit ke-15.

PDRM yang banyak bergantung kepada taktikal serangan balas mengukuhkan kedudukan apabila Souza meledak pada minit ke-69 selepas menerima hantaran daripada penyerang kebangsaan, Bobby Gonzales.

Peluang terbaik Selangor untuk mendapatkan jaringan hanya datang pada minit ke-82, namun tandukan Paulo Rangel tersasar selepas menerima hantaran daripada Azmi Muslim.

Sementara itu, pasukan berstatus kelab, T-Team kembali bersaing untuk memburu tiket ke suku akhir selepas tewas dalam aksi pertama Piala Malaysia tempoh hari apabila berjaya membenam cabaran Sime Darby 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah yang juga menjadi kemenangan pertama Annuar Abu Bakar bersama The Titans.

Pelawat bagaimanapun terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-43 menerusi tendangan penalti yang disempurnakan pemain import kelahiran Uzbekistan, Dilshod Sharofetdinov selepas seorang lagi pemain import mereka, Mahmoud Al-Amna dikasari kapten tuan rumah, Mohd. Mazuki Yusof dalam kotak penalti.

Kelebihan itu bagaimanapun tidak bertahan lama apabila T-Team bangkit menyusun gerakan berbahaya pada babak kedua sebelum menyamakan kedudukan pada minit ke-57 juga menerusi tendangan penalti di lokasi yang hampir sama.

Gol tersebut disempurnakan pemain import, Leandro Dos Santos yang tenang merembat ke arah penjuru kanan gawang sekaligus mengikat kedudukan menjadi 1-1.

Jaringan itu nyata menyemarakkan semangat T-Team untuk terus mengasak ke kubu pelawat sebelum pemain gantian, Mohd. Ramzul Zahini Adenan akhirnya meledak dengan gol kemenangan pada minit ke-81.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140821/su_01/Gergasi-rebah-di-kaki-The-Cops#ixzz3B0QJON4e  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: