Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 20 August 2014

PIALA MALAYSIA : Pahang jinakkan Lions XII, Kelantan menang selesa


PENYERANG Kelantan, Ahmad Fakri Saarani (kiri) cuba melepasi pertahanan pasukan Pulau Pinang dalam perlawanan Piala Malaysia di Stadium Sultan Mohammad IV, Kota Bharu malam tadi. Kelantan menang 3-1. - UTUSAN/Rosni Masri

KUALA LUMPUR - Penyandang juara, Pahang mencatat kemenangan kedua dalam kempen Kumpulan A, Piala Malaysia selepas menundukkan Lions XII 2-1 di Stadium Jalan Besar, Singapura malam tadi.

Pasukan pelawat terlebih dulu membuka jaringan menerusi pemain import, Dickson Nwakaeme pada minit ke-13, sebelum menggandakan kedudukan 2-0 hasil jaringan Fauzi Roslan dua minit sebelum tamat permainan.

Tuan rumah memperoleh gol saguhati menerusi Faris Ramli ketika permainan memasuki waktu kecederaan dan keputusan tersebut membolehkan Pahang mengungguli Kumpulan A selepas menang 4-0 ke atas Johor Darul Ta'zim II (JDT II) dalam perlawanan pembukaan minggu lalu.

Sementara itu, hajat JDT II untuk membawa pulang mata dari Stadium MPS, Selayang tidak kesampaian apabila tewas 2-3 kepada Felda United.

Shahrulnizam Mustapa menjadi wira The Fighters apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-69 setelah kedudukan sebelumnya terikat 2-2.

Terdahulu Felda memperoleh dol menerusi Ahmad Syamim Yahya pada minit keenam dan Edward Junior Wilson pada minit ke-30. Perlawanan menjadi menarik setelah JDT II menyamakan kedudukan menerusi pemain dari Argentina, Nicolas Delmonte pada minit ke-48 dan Syafiq Shahruddin sepuluh minit kemudian.

Sementara itu, saingan Kumpulan C menyaksikan Kelantan mencatat kemenangan pertama selepas menjinakkan Pulau Pinang 3-1 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu.

Kelantan yang terdesak memburu kemenangan bermula garang dengan mendahului Pulau Pinang seawal minit ke-10 menerusi jaringan Ahmad Fakri Saarani dan tuan rumah menambah jaringan menerusi sepakan penalti yang disudahkan oleh Francis Forkey Doe pada minit ke-20.

Pulau Pinang merapatkan jurang gol menerusi Muhd. Rafiuddin Rodin pada minit ke-59, namun kegembiraan mereka tidak kekal lama apabila Kelantan memperoleh jaringan ketiga pada minit ke-87 menerusi Ahmad Fakri selepas percubaannya dari tepi gagal ditangkap kemas penjaga gol, G. Jeevananthan.

Sementara Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Johor Bahru Larkin menyaksikan skuad Harimau Selatan mensia-siakan peluang untuk mengutip mata penuh di hadapan hampir 10,000 penyokong sendiri apabila di 0-0 oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam saingan Kumpulan C.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140820/su_03/Pahang-jinakkan-Lions-XII-Kelantan-menang-selesa#ixzz3AtxQ4AMn  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: