Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 19 August 2014

POLITIK : Hasnul salahkan Pas lambat lantik calon Menteri Besar


Hasnul Baharuddin

SHAH ALAM 15 Ogos - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Morib daripada Pas, Hasnul Baharuddin yang menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan menyatakan hilang kepercayaan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan tindakan Pas melambat-lambatkan usaha melantik Menteri Besar yang baharu sebagai satu kesilapan besar.

Hasnul dalam kenyataannya yang disiarkan oleh beberapa blog mendakwa, alasan yang diberikan kepemimpinan tertinggi Pas untuk tidak bersetuju (tidak menyokong) Wan Azizah adalah tidak munasabah.

"Kita (pakatan pembangkang) boleh duduk berbincang sehingga ‘rentung’ dan hantar satu nama (calon Menteri Besar). Kalau sultan (Sultan Selangor) tolak, kita hantar nama lain dan seterusnya tapi kita terus ambil sikap sambil lewa," katanya dalam kenyataan tersebut.

Menurutnya, Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad tidak memanggil mesyuarat dan bertindak proaktif serta menyerahkan sepenuhnya kepada Pas Pusat untuk membuat keputusan.

Beliau menjelaskan, mereka yang berada di negeri ini lebih memahami isu tersebut dan seharusnya memikul tanggungjawab.

Hasnul turut melahirkan rasa kesal kerana berkemungkinan dihadapkan ke lembaga disiplin parti sedangkan empat Exco Pas yang bersekongkol dengan Abdul Khalid bebas (tiada hukuman).

"Kalau tidak kerana tindakan saya hari ini (sokong Wan Azizah), semua ahli majlis PKR dan DAP pun akan dipecat oleh Abdul Khalid Ibrahim dan disokong oleh Exco-exco Pas," jelasnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140816/po_07/Hasnul-salahkan-Pas-lambat-lantik-calon-Menteri-Besar#ixzz3AnaGtiRF  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: