Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday, 19 August 2014

PIALA MALAYSIA : Bojan akui sukar jinakkan ATM

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM
sukan@utusan.com.my

Luciano Figueroa mendapat lampu hijau untuk diturunkan dalam perlawanan menentang ATM, malam ini.

JOHOR BAHRU - Gagal menumpaskan The Gladiators dalam empat perlawanan terakhir membuatkan pasukan berstatus bintang, Johor Darul Ta'zim (JDT) akan lebih berhati-hati apabila melayan kunjungan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam perlawanan kedua Piala Malaysia malam ini.

Juara Liga Super itu, yang memulakan kempen Kumpulan C dengan menumpaskan Kelantan 1-0 minggu lalu, kalah dua kali dan seri dua kali kepada The Gladiators dalam empat pertemuan terakhir kedua-dua pasukan.

ATM pula memulakan kempen Piala Malaysia dengan diikat 1-1 oleh kelab Liga Perdana, Pulau Pinang di Selayang, Rabu lalu.

Pengendali skuad Harimau Selatan, Bojan Hodak mengakui, pasukannya berdepan tugas getir untuk mengutip tiga mata penuh apabila melayan ATM, biarpun memiliki rekod cemerlang setiap kali beraksi di depan penyokong sendiri.

"Sungguhpun kami berjaya memenangi perlawanan pertama minggu lalu, kami masih kehilangan beberapa pemain seperti Amirul Hadi Zainal yang belum cergas sepenuhnya, Amir Yahyah yang digantung satu perlawanan, manakala Mahali Jasuli dan Safee Sali dibelenggu kecederaan.

"Saya menjangkakan perlawanan esok akan menjadi perlawanan sengit kerana ATM mempamer corak taktikal yang kemas dan sukar ditewaskan," katanya kepada Utusan Malaysia.

Bagaimanapun Bojan mendapat berita baik apabila kedua-dua pemain dari Argentina, Luciano Figueroa dan Jorge Pereyra Diaz mendapat lampu hijau untuk diturunkan.

Katanya, kedua-dua penggempur itu disahkan cergas dan diberi kepercayaan untuk merobek gawang lawan, sekali gus menghadiahkan kemenangan pertama ke atas The Gladiators tahun ini.

Ditanya tentang aksi pertama Aidil Zafuan Abdul Razak selaku pertahanan kanan ketika menentang Kelantan, Bojan memuji persembahan anak buahnya itu yang beraksi dengan cemerlang serta berjaya menghasilkan beberapa peluang gol.

"Tidak dinafikan Aidil menjalankan tugas dengan baik di posisi bek kanan. Namun, saya belum memutuskan untuk mengekalkan dia di posisi tersebut atau dikembalikan ke posisi asalnya di bahagian pertahanan tengah," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140819/su_05/Bojan-akui-sukar-jinakkan-ATM#ixzz3AoEVct9f  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: