Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 25 August 2014

MH17 : 2 beranak dikebumi satu liang lahat

Oleh MD AZRIN ROSLY dan FARHANA JONI
pengarang@utusan.com.my

Dayang Noriah Abang Anuar menyiram pada pusara anaknya, Ariza Ghazalee di Tanah Perkuburan Islam Semariang, Petra Jaya, Kuching, Sarawak, semalam. - UTUSAN/MOHAMAD GUST IE NOORAMBIA

KUCHING 22 Ogos - Jenazah dua beranak, Ariza Ghazalee, 46, dan Muhammad Afif Tambi, 19, selamat dikebumikan dalam satu liang lahat di Tanah Perkuburan Islam Semariang, Petra Jaya di sini hari ini.

Upacara pengebumian yang dihadiri oleh kira-kira 5,000 orang itu selesai pada pukul 6.10 petang ini.

Suasana sedih menyelubungi tanah perkuburan apabila ahli keluarga mangsa dan orang ramai yang hadir masing-masing menahan sebak dan ada yang menitiskan air mata.

Antara ahli keluarga Ariza yang hadir ialah ibunya, Dayang Noriah Abang Anuar, 72; kakaknya, Madzalina Ghazalee, 47, dan abang iparnya, Drahman Jie.

Tetamu kenamaan yang hadir pula ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof dan beberapa Menteri Kabinet negeri.

Terdahulu, kedua-dua jenazah yang diterbangkan dengan pesawat C-130 Hercules dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 11.25 pagi ini, selamat mendarat di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini pada pukul 2.17 petang.

Ketibaan jenazah yang diiringi oleh Rohani dan Fadillah dalam pesawat sama dari KLIA telah disambut oleh kira-kira 500 orang terdiri daripada ahli keluarga mangsa, tetamu kenamaan termasuk bekas Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad

Salahuddin Abang Barieng dan isteri, Toh Puan Norkiah serta Panglima Pemerintah Wilayah Timur, Leftenan Jenaral Datuk Mohd. Zaki Mokhtar.

Selesai upacara menyambut ketibaan jenazah dengan istiadat ketenteraan yang dilakukan oleh 30 anggota dari Rejimen Keempat Kor Amor Diraja pada pukul 2.45 petang, jenazah Ariza dan Muhammad Afif dibawa ke Masjid Jamek Negeri di Petra

Jaya di sini untuk disembahyangkan pada pukul 3.25 petang.

Di Masjid Jamek Negeri, kira-kira 1,000 orang sudah menunggu seawal pukul 1.15 petang untuk bersama-sama menunaikan solat jenazah yang diimamkan oleh Imam Besar Negeri, Datuk Jorji Suhaili.

Turut sama menunaikan solat jenazah ialah Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem, Fadillah dan Rohani.

Sebelum disembahyangkan, dua keranda membawa jenazah yang ditutup dengan bendera Malaysia itu diusung masuk ke dalam ruang solat utama masjid oleh 27 anggota daripada Batalion Ke-11 Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Semenggoh di sini, diketuai oleh Sarjan Mohd. Fandi Saat dan Sarjan Mohd. Nizam Hat kira-kira pukul 3.20 petang.

Jorgi kemudian mengetuai bacaan Yasin sebelum menunaikan solat asar dan solat jenazah secara berjemaah. Majlis solat jenazah selesai pada pukul 4.30 petang.

Sementara itu, Adenan ketika ditemui pemberita selesai solat jenazah memberitahu, hari ini rakyat negara ini disatukan dalam kesedihan dan air mata sebagai bukti semua penduduknya bersatu.

Dalam pada itu, pelbagai agensi kerajaan turut mengadakan majlis bacaan Yasin dan tahlil serta berkabung untuk mangsa MH17.

Antaranya ialah kira-kira 200 orang dari pejabat Majlis Islam Sarawak, Mufti Negeri, Jabatan Kemajuan Islam Cawangan Sarawak (Jakim), Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak dan Jabatan Agama Islam Sarawak yang mengadakan majlis itu di Kompleks Islam Sarawak di sini bermula pada pukul 8.30 pagi diketuai oleh Jorji.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140823/dn_13/2-beranak-dikebumi-satu-liang-lahat#ixzz3BMqQOZMj  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: