Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 19 August 2014

POLITIK : PASMEB bantah Wan Azizah sebagai Menteri Besar



7 Ogos - Persatuan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (PASMEB) menggesa kerajaan pakatan pembangkang Selangor menghentikan sokongan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar.

Ketua Wanita PASMEB, Norhasmah Baharuddin berkata, Wan Azizah dilihat terlalu ghairah merebut jawatan Menteri Besar tanpa menghiraukan perasaan dan kehendak anak-anak dan rakyat Selangor.

"Beliau bukannya anak Selangor, kami tidak mahukan Wan Azizah, kami mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar hari ini adalah simbol dan contoh kepimpinan generasi anak Selangor.

"Berdasarkan rekod, rakyat Selangor cukup puas hati dengan pentadbiran di bawah kepimpinan Abdul Khalid dan buktinya dalam pilihan raya umum lalu jumlah kerusi meningkat daripada 34 ke 44," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Wan Azizah sebelum ini mendakwa mendapat sokongan 30 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu bagi membolehkan beliau menyingkirkan Abdul Khalid daripada jawatan Menteri Besar.

Norhasmah bersama ahli-ahli PASMEB sebelum itu menyatakan rasa tidak puas hati terhadap sokongan pakatan pembangkang kepada Wan Azizah dengan membawa sepanduk bagi mendesak pemimpin pembangkang menolak semula Presiden PKR itu daripada dicalonkan sebagai Menteri Besar.

Beliau berkata, tumpuan anak-anak Selangor adalah lebih kepada isu-isu pencegahan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kebajikan rakyat dan bukannya mahu melihat episod perebutan kuasa.

Katanya, rakyat Selangor juga muak dengan pemimpin yang sibuk berpolitik sehingga memporak-perandakan negeri.

"Rata-rata kami anak Selangor dan pengundi tiada komen negatif terhadap perkhidmatan dan pentadbiran kerajaan negeri di bawah pimpinan Abdul Khalid.

"Kami yakin Selangor tidak akan muflis di bawah Abdul Khalid, sebagai contoh beliau yang telah menyelamatkan kewangan Selangor daripada defisit sehingga rizab negeri mencecah lebih RM3 bilion," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140818/po_11/PASMEB-bantah-Wan-Azizah-sebagai-Menteri-Besar#ixzz3Ao1mORUg  © Utusan Melayu (M) Bhd



No comments: